Monday, August 13, 2012

RCI imigran Sabah risiko kepada BN

Pemerhati politik berpendapat bahawa tindakan perdana menteri menubuhkan Suruhanjaya Dirajaya untuk menyiasat isu imigran tanpa izin di Sabah akan memberi risiko besar kepada BN.

Penganalisis politik Sabah Arnold Puyok berkata, ini memandangkan bahawa siasatan itu dijalankan di negeri yang bakal menentukan kedudukan parti itu di Putrajaya.

tempoh enam bulan yang diberikan kepad RCI tersebut untuk menyiasat perkara itu bermakna siasatan berkenaan akan ditamatkan menjelang 28 April.

Katanya, rakyat Sabah akan hanya berpuas hati sekiranya RCI itu ditamatkan sebelum Parlimen dibubarkan bagi mengadakan pilihan raya umum ke-13.

Pensyarah UiTM itu berkata, beliau berpendapat bahawa siasatan tersebut tidak akan memihak kepada BN kerana isu berkenaan akan mengaitkan ramai pemimpin Umno Sabah.

Bagaimanapun, Najib mungkin tiada pilihan lain selepas dua MP BN bertindak keluar parti dan perdana menteru mungkin perlu bertindak demikian untuk menghentikan ketidakstabilan di negeri itu.

“Semua orang di Sabah mahukan RCI, terutama sekali parti berasaskan Kadazan-Duzun yang telah banyak memberi tekanan kepada Najib kerana isu imigran asing ini penting kepada mereka,” kata Arnold.

Ketua pembangkang yang bertanggungjawab dalam tindakan MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dan MP Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin keluar BN pada 29 Julai lalu akan kembali ke Sabah esok.

Anwar mendakwa seorang lagi wakil rakyat BN akan keluar parti.

-mk

66 comments:
Write comments
  1. RCI siasat jugkan gundik VVIP UMNO yang baru datang Sabah sudah dapat IC?

    ReplyDelete
  2. Maijol Mahap merupakan wakil rakyat BN yang keluar Sabtu lalu.

    ReplyDelete
  3. penubuhan RCI ni memang akan bagi impak yang besar ke atas undi rakyat.

    ReplyDelete
  4. sepatutnya sudah lama RCI ni diluluskan. sekarang mahu ia dilaksanakan sebelum PRU, masih sempat lagikah?

    ReplyDelete
  5. The setting up of the Royal Commission of Inquiry (RCI) on Illegal Immigrants in Sabah issue should not be politicised, said Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. He said all quarters should allow the RIC to gather proposals, and carry out investigations and studies pertaining to the illegal immigrants issue. The commission is the best platform in terms of laws and regulations to determine who is eligible for citizenship.He said the RCI could also solve the status of local people who were without birth certificate due to late registration of birth, especially in rural areas.


    ReplyDelete
  6. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced the details and terms of reference of the RCI on Illegal Immigrants in Sabah which would be chaired by former Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. In welcoming the commission, Shafie said six months were adequate to carry out inquiries and studies on the illegal immigrants issue in accordance with the terms of reference spelled out. "I hope locals who made late birth registration will not be mistaken for illegal immigrants," he said, adding that the RCI should also be able to flush out illegal immigrants who tried to deceive the commission as locals. Shafie, who is also Umno vice-president, brushed aside a suggestion that the general election would be held after the commission completed its study.

    ReplyDelete
  7. Biar pun pelaksanaan RCI, rakyat kemungkinan bakal tidak berpihak pada BN. Tapi Najib tetap buat juga. Menunjukan Najib memang mengutamakan kehendak rakyat.

    ReplyDelete
  8. Sama2 kita hasil RCI pada 6 bulan akan datang.

    ReplyDelete
  9. RCI ditubuhkan untuk menyiasat sebab-sebab peningkatan populasi di Sabah, implikasi sosial terhadap masyarakat serta bilangan yang mendapat IC tetapi tidak dimasukkan tindakan penyelesaiannya. Macam kenalpasti pencuri tetapi tidak diberi kuasa untuk menangkap pencuri itu. Jadi pencuri tetap bebas bermaharajalela! Masalah PATI yang sudah mendapat kad pengenalan tetap berada di Sabah. Jadi tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan RCI ini.

    ReplyDelete
  10. (Shafie, who is also Umno vice-president, brushed aside a suggestion that the general election would be held after the commission completed its study.)
    Maknanya PATI yang mendapat IC secara songsang tetap mengundi pada PRU13 dalam ertikata yang lain PATI ini yang menentukan siapa jadi pemimpin negeri ini!

    ReplyDelete
  11. Daripada 10 terma rujukan pelaksanaan RCI, tada satu pun terma yang mcdngkan siasat siapa dalang, kenapa, bila, bgmna, dmana dan cadangan mengatasi. Tada apa pun yang boli dbanggakan. hnya wayang kulit dan retorik. Rayat sabah skrg tidak buli lagi diperbodohkan sewenang-wenangnya. dulu ada jga yang bijak tpi jaga perut. mcm c pairin

    ReplyDelete
  12. Anggota RCI tu nmpak mcm hebat jugak.Bekas2 hakim dan ketua polis pencen pun ada. Tapi tugas sebuah suruhnajaya hanya mencari penemuan samada benar atau tidak pemberian ic palsu kpd PATI demi undi BN. Kalau suruhanjaya kata takder pen,amacam? kalu ada pun ia sebuah s/jaya dan tak boleh jatuh hukuman spt yg mahkamah lakukan. Sebab itu UMNO tak hairan. UMNO hanya jika rakyat berani bangkit menentang gejala itu spt mana Bersih 3.0 baru2 ni.

    ReplyDelete
  13. bukan saya mempertikaikan RCI IC Palsu diSabah tapi RCI ini akan memberi kan keputusannya seperti RCI TBH,tidak dibunuh dan tidak membunuh diri yang bermaksud kematian tidak diketahui jadi hanya tuhan saja tahu,kemungkinan RCI ini hasilnya akan menemui data-data seperti berikut.
    1) Pemberian IC kepada PTI tidak palsu tapi tidak mengikut undang-undang dan tidak mengikuti saluran yang betul.
    2) Pendaftaran Pengundi yang mendapat IC oleh PTI mengikut undang-undang tetapi IC yang diguna untuk mendaftar sebagai pengundi ada lah diragui keaslihannya.
    Penemuan ini akan dibentangkan selepas BN masih lagi memerintah dan menang pada PRU 13.tetapi Jika PR yang menang pada PRU 13 maka penemuan RCI ini adalah seperti berikut:
    1) Pemilikan IC kepada PTI tidak mengikuti lunas undang-undang
    2) Pendaftaran pengundi yang di lakukan oleh pemilik yang diragui keaslihanya ada lah tidak sah ia disebabkan pendaftaran di lakukan oleh pihak ketiga(Parti Politik)
    3) Semua Dalang yang memberi IC kepada PTI ada dalam lampiran yang di nyatakan dan akan digunakan untuk AG mengambil tindakan mahkamah.

    oleh yang demikian kepada rakyaat sabah dimana kamu mahu hasil keputusan yang ditemui oleh RCI ini akan dibentangkan jika BN masih memerintah atau hasil yang akan dibentangkan jika PR yang memerintah

    ReplyDelete
  14. PTI memang lah satu musibah kepada setiap parti pun. Takkan lah pembangkang pun sokong kedatangan mereka tu? Tak syak lagi kan.

    ReplyDelete
  15. Illegals we should refrain of. It's kinda confusing when the oppositions are encouraging the illegals to come in.

    ReplyDelete
  16. Apa yang penting sekarang ini adalah RCI telah ditubuhkan dan menjadi satu penantian.

    ReplyDelete
  17. Nice observation however we never know the outcome until we use the method.

    ReplyDelete
  18. Memang risiko untuk semua pun.

    ReplyDelete
  19. terima kasih PM...

    ReplyDelete
  20. yang benar, semua orang di Sabah mahukan RCI ditubuhkan

    ReplyDelete
  21. harap-harap penubuhan RCI ini dapat memberi manfaat kepada semua

    ReplyDelete
  22. semoga rakyat dan kerajaan memberi sokongan sepenuhnya

    ReplyDelete
  23. berharap, penubuhan ini sedikit-sebanyak dapat menggurangkan masalah PATI di negeri ini

    ReplyDelete
  24. Apapun, risikonya itu tak penting; paling penting masalah pati harus diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  25. Sejujurnya sa happy dengan keputusan Najib. Harap semuanya akan berjalan lancar nanti.

    ReplyDelete
  26. Rakyat harus bagi sokongan supaya apa yang dirancang dapat dijalankan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  27. Semoga penubuhan RCI dapat membawa manfaat kepada ramai terutamnya rakyat dan juga negeri kita.

    ReplyDelete
  28. Akhirnya penantian ada juga hasil. Sama-samalah kita harapkan semuanya berjalan lancar demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  29. semoga semuanya TERBONGKAR...

    ReplyDelete
  30. isu ini macam tarik tali saja, hanya untuk mengendurkan perasaan org saja.. selagi penguatkuasaan undang2 lemah dan niat untuk mengatasi sekadar 'batuk di tangga ',Org luar, tengah, dalam ..,org BESAR org kecil masih beroperasi.. wujudkanlah RCI KAH, WWF KAH, ICI KAH , NIPPON KAH....SURUHRANJAYA DI RAJA KAH, SULTANNKAH ,TYT KAH.. TIDAK! akan dapat menyelesaikan masalah DI SABAH.. PATI di Sabah boleh hidup dan kaya hasil jual ROKOK DAN MINUMAN...! BOSAN ! BORING! dengan kenyataan pemimpin. kerana KUASA tanah air tergadai!!!

    ReplyDelete
  31. penting menyiasat siapa dalang pemberian ic kpd PATI.humban ke laut tu orang.

    ReplyDelete
  32. HARUS JUGA RCI MELIBATKAN CINA DARI CINA, HONG KONG DAN TAIWAN SERTA ORG INDIA, YANG MENETAP DI SABAH YG MUNGKIN ADA IC TAPI TIDAK TAU SAKAP BAHASA MALAYSIA.

    ReplyDelete
  33. kalau pr memerintah akan mengamalkan prinsip kebebasan seperti yang lim guan eng cakap dalam debat haritu.maka tidak heran lah kalau pr memerintah pati ni akan bertambah dan bebas jgk keluar masuk sabah.

    ReplyDelete
  34. yng penting RCI dpt memastikan masalah PATI di Sabah dpt diselesaikan.

    ReplyDelete
  35. jgnlah nak manipulasikan hal2 berkaitan RCI.

    ReplyDelete
  36. Dr Mahahtir yang menolak penubuhan RCI di Sabah, harap beliau tidak akan campur tangan dalam keputusan kerajaan Najib Razak untuk menubuhkan RCI ini. Panel RCI juga sudah dikenal pasti.

    ReplyDelete
  37. Harap Panel RCI yang diketuai oleh Steve Shim akan berjaya menyiasat isu Projek IC di Sabah dalam tempoh 6 bulan yang diberikan supaya kita boleh mencari jalan penyelesaian yang berkesan. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  38. RCI mesti dilaksanakan denga penuh adil!

    ReplyDelete
  39. Mahathir pun sudah kecut dengan RCI.

    ReplyDelete
  40. risiko kepada BN? najib berani pun buat...

    ReplyDelete
  41. najib buat...ini bukti najib mendengar suara rakyat sabah..

    ReplyDelete
  42. TOR yang diumumkan perlu dikemaskini...maklum balas dari rakyat sabah harus diambil kira...tiada guna RCI dilaksanakan kalau tidak menepati kehendak dan kemahuan rakyat sabah..

    ReplyDelete
  43. diharapkan RCI akan dilaksanakan segera..

    ReplyDelete
  44. diharap RCI ini akan dilaksanakan dengan jujur dan amanah tanpa campur tangan dari pihak luar yang boleh menjejaskan siasatan..

    ReplyDelete
  45. moga2 rakyat sabah akan mendapat pembelaan sewajarnya dari RCI ini.

    ReplyDelete
  46. RCI pasti akan dapat menyelesaikan isu PTI di Sabah.

    ReplyDelete
  47. Apa yang penting adalah kerjasama antara mereka dan juga rakyat.

    ReplyDelete
  48. Dulu, berabis minta tubuhkan RCI, sekarang lain lagi cerita..

    ReplyDelete
  49. Kerajaan sentiasa mendengar suara rakyat.

    ReplyDelete
  50. kesediaan kerajaan untuk menubuhkan RCI amat dihargai.

    ReplyDelete
  51. RCI ini memang diharapkan untuk selesaikan masalah pati di Sabah.

    ReplyDelete
  52. semoga dengan tertubuhnya RCI penyelesaian terbaik akan diperoleh.

    ReplyDelete
  53. baguslah kerajaan telah menubuhkan RCI. ini memang permintaan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  54. yang penting RCI ini dapat selesaikan masalh pati yang sudah lama.

    ReplyDelete
  55. Siasatan RCI harapkan yang terbaik dan dapat mencari kesan dan punca kemasukan PATI.

    ReplyDelete
  56. Not sure whether RCI really can resolve PATI matter but we hope for the best outcome.

    ReplyDelete
  57. jabatan imigresen harus disiasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  58. RCI belum diumumkan lagi. Harapkan ditubuh sebelum PRU13.

    ReplyDelete
  59. Najib akan menunaikan janjinya.

    ReplyDelete
  60. PATI tidak harus dibiarkan berpanjangan. Harus juga mencari punca dan cara penyelesaian yang berkesan.

    ReplyDelete
  61. Pensyarah UiTM itu berkata, beliau berpendapat bahawa siasatan tersebut tidak akan memihak kepada BN kerana isu berkenaan akan mengaitkan ramai pemimpin Umno Sabah.

    Tidak kira sama ada memihak atau tidak kepada BN, siasatan masih perlu dijalankan.

    ReplyDelete
  62. Meraka yang terlibat dalam sindiket projek ic harus dikenakan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  63. Semoga jabatan imigresen dan pendaftaran akan disiasat sebab mereka disyaki yang membawa masuk dan mengeluarkan ic /dokumen palsu.

    ReplyDelete
  64. Aktiviti ini seakan pengkhianat negara juga.

    ReplyDelete
  65. kalau betulpun RCI ini bakal membawa risiko kepada BN, saya tidak kisah la.. yang penting risiko yang ditanggung oleh rakyat berkenaan dengan PATI dan Projek IC di negeri ini dapat ditangani sepenuhnya..

    ReplyDelete
  66. saya rasa lebih baik jika semua pemimpin2 yang terlibat membawa masuk PATI atau enjadi dalang kepada Projek IC dapat di hadapkan kemahkamah.. jika ini berlaku, BN tidak akan jatuh, sebaliknya bertambah kuat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.