Wednesday, August 15, 2012

Legenda badminton Punch Gunalan meninggal dunia

Bekas bintang badminton Malaysia Datuk Punch Gunalan, 68, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat Kuala Lumpur pagi ini selepas bertarung dengan penyakit.

Penglibatan cemerlang Punch Gunalan dalam sukan badminton bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, beregu dan beregu campuran (1961-1963).

Beliau juga menjadi juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962.

Pada 1970, Punch Gunalan mewakili skuad Piala Thomas dan sekali lagi pada 1973.

Punch Gunalan memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970.

Pada tahun 1974, beliau cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand.

Punch Gunalan dianugerahkan Olahragawan Negara pada 1969 dan 1974.

Selepas berhenti bermain, Punch Gunalan melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1992.

- Bernama

12 comments:
Write comments
  1. takziah.. jasa mu kepada negara tetap dikenang..

    ReplyDelete
  2. Takziah dikatakan kepada ahli keluarga Bekas bintang badminton Malaysia Datuk Punch Gunalan.

    ReplyDelete
  3. Pencapaian Datuk Punch Gunalan pasti akan diingati oleh semua rakyat.

    ReplyDelete
  4. Takziah kepada keluarga mendiang.

    ReplyDelete
  5. Politik dalam persatuan badminton menyebabkan mendiang diketepikan sebelum ini. Seharusnya jasa beliau selama ini dikenang.

    ReplyDelete
  6. Takziah kepada keluarga

    ReplyDelete
  7. Pencapaian beliau amat membanggakan negara.

    ReplyDelete
  8. Takziah kepada keluarga mendiang.

    ReplyDelete
  9. Kegemilangan beliau dtahap memberangsangkan sewaktu sukan tidak dkawal oleh politikus spt telah melanda dunia sukan negara dewasa ini.

    **888

    ReplyDelete
  10. takziah, semoga bersemadi dgn aman.

    ReplyDelete
  11. Takziah kepada pemain badminton Malaysia dulu.

    ReplyDelete
  12. sumbangan beliau terhadap negara akan tetap dikenang.Takziah kepada keluarga mendiang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.