Thursday, August 9, 2012

PRU13: Anak muda dan media baru

Parti yang menguasai minda anak muda akan menentukan parti mana yang akan menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, sehingga kini para pengkaji politik Malaysia mendapati, pengundi di bawah umur 40 tahun menghampiri 48 peratus jumlah pengundi dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Jumlah ini akan meningkat kepada 52 peratus jika pilihan raya ke 13 diadakan pada tahun akan datang.

Yang paling menariknya, 30 peratus pengundi Malaysia masih belum membuat keputusan parti manakah yang akan mereka sokong dalam pilihan raya nanti.

"Dan hampir kesemua mereka adalah di bawah umur 40 tahun," kata seorang penyelidik.

Beliau juga memberitahu, hampir 70 peratus dari pengundi muda ini dipengaruhi oleh media baru.

Ini bermakna, media baru bakal menjadi faktor penting dalam pilihan raya umum akan datang.

Sesiapa yang berjaya menggunakan media baru akan menguasai minda 30 peratus pengundi atas pagar ini dan seterusnya memiliki undi mereka.

Menurut ranking Alexa.com, Facebook adalah media baru yang paling popular di Malaysia di ikuti Google, Youtube, Blogspot, Wikipedia, Blogger dan seterusnya Twitter.

Laman Malaysia yang paling popular adalah laman Maybank2u diikuti Mudah.my, Lowyat.net dan Cari.com.

(Laporan dalam Busuk.org yang banyak menarik anak muda)

Laman berita yang paling popular di Malaysia pula adalah Malaysiakini dikuti The Star (2), Harian Metro (3), Utusan (4), Berita Harian (5) dan Harakahdaily (6).

Ini bermakna, media alternatif iaitu Malaysiakini menjadi sumber berita politik yang paling utama bagi rakyat negara ini.

Namun, 30 peratus anak muda yang di atas pagar tadi tidak pergi ke laman berita ini walaupun mereka dipengaruhi media baru.

Ini kerana, mereka tidak minat dengan politik dan tidak akan pergi ke laman-laman yang melaporkan berita politik ini.

Menurut satu diskusi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini, anak muda di Malaysia boleh dibahagi kepada 4 kumpulan penting.

Mereka adalah kumpulan intelektual, pro sukan, pro hiburan dan wanita remaja.

Hanya kumpulan intelektual sahaja yang pergi ke laman-laman politik seperti Malaysiakini dan Harakahdaily.

(Antara laporan yang popular dalam BeutifulNara.com yang menjadikan laman ini dimasuki anak muda)

Namun tiga kumpulan lagi itu tidak pergi ke laman-laman yang serius ini.

Laman yang popular di kalangan remaja khasnya tiga kumpulan ini sudah tentulah Facebook.

Hampir kesemua pengguna laman web di Malaysia mempunyai akaun Facebook, menjadikan laman ini paling popular di Malaysia khasnya di kalangan anak muda.

Di samping Facebook, mereka pergi ke laman Busuk.org yang berada diranking ke 49 laman web di Malaysia dan BeatifulNara.com (68).

Kedua-dua laman ini tidak membincangkan isu politik tetapi hanya sesekali sahaja menyiarkan tulisan berunsur politik.

Busuk.org misalnya penuh dengan berita pengajaran dan pengalaman berdasarkan cerita peribadi penulisnya di samping agama dan hiburan yang pro Islam.

BeatifulNara pula penuh dengan cerita sensasi, pengajaran dan yang paling popular adalah cerita artis dan dunia hiburan.

Ia sesuai dengan mottonya Selebriti, Hiburan dan Gosip.

Pendek kata, kedua-dua pihak samada BN atau Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini bakal mengharungi pengalaman baru dalam kempen mereka.

Mereka terpaksa bercakap dan berinteraksi dengan kumpulan pengundi yang tidak minat untuk bercakap dan berinteraksi dengan mereka.

Kalau selama ini BN menguasai politik Malaysia melalui 3M iaitu Money, Mechinery dan Media, kini tidak lagi.

Ini kerana, dengan pergabungan antara tiga parti pembangkang utama iaitu PAS, PKR dan DAP, BN kini mempunyai lawan yang amat ampuh.

Kalau selama ini, BN sentiasa menang melalui penguasaanya ke atas media, dalam pilihan raya umum akan datang ini tidak akan berlaku lagi.

30 peratus pengundi atas pagar ini bukan lagi dipengaruhi media yang dikuasai BN (TV, radio atau surat khabar) tetapi media baru yang tidak ada pihak yang boleh mengawal.

Ini menjadikan benarlah apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihan raya ke 13 akan datang ini adalah ibu kepada segala pilihan raya bagi BN dan Umno.

Ini kerana, tidak ada lebihnya BN dalam pilihan raya ini kerana padang kini sudah hampir sama rata.

Mungkin kerana itulah, isu-isu perkauman, 13 Mei dan seumpamanya menjadi senjata baru BN untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Namun melalui media baru, sampai ke manakah strategi itu.


Oleh Zulkifli Sulong

29 comments:
Write comments
  1. Media alaf baru ni famous kerana:-
    1) Medium yg reachable,portable,flexible dan menarik.
    2) saluran media sediada sudah rosak dek UMngok.
    3) Ketepatan yg 99% serta fakta bernas.
    4) Ulasan yg jitu ( kalu BH atau Utusex ) banyak rangkap2 atau teks
    berita brulang dr rangkap pertama merebak ke rangkap keempat. Ter
    utama kalu berita dr ahli politik/pemimpin negara.

    ReplyDelete
  2. Semoga anak muda tidak mudah terpedaya dengan info yang tidak pasti sumbernya.

    ReplyDelete
  3. Media sekarang ini amat senang diperolehi. Jadi nilailah dengan sendiri mengenai perkara yang ada dalam media sekarang ini.

    ReplyDelete
  4. Masuk ranking juga Utusan ni..

    ReplyDelete
  5. Mana2 yang memahami jiwa golongan muda ni itulah yang akan dapat menambat hati mereka.

    ReplyDelete
  6. In another clear indication that the 13th general election is drawing near, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin urged all Barisan Nasional members, particularly Umno, to work together to strengthen the election machinery.

    ReplyDelete
  7. Muhyiddin, who is also BN deputy chairman and Umno deputy president, said it was important for them to remain united to face the impending challenges.

    ReplyDelete
  8. He also sounded the clarion call for Umno members to be united at all times to ensure the party's victory in the polls.

    ReplyDelete
  9. He drew reference to Umno Taiping, saying that the division must work hard to wrest the seat lost to the opposition in the last general election. "The challenges ahead of all of you are great. The general election is nearing.

    ReplyDelete
  10. "As such, you must all stay united, strengthen your position and the election machinery to ensure victory," he said at the ground breaking ceremony for the new Umno Taiping division building.

    ReplyDelete
  11. Present was Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.The RM1 million building, located along Jalan Alang Ahmad, is expected to be completed in 12 months' time.

    ReplyDelete
  12. Muhyiddin said they should go to the ground regularly to attend to the people's problems.

    ReplyDelete
  13. "Since becoming the prime minister, Datuk Seri Najib Razak had implemented various transformation programmes which benefited the people.

    ReplyDelete
  14. Earlier, Muhyiddin, who is also Education Minister, officiated the new RM24 million Taiping Perdana Hotel, in Kampung Jambu here.

    ReplyDelete
  15. The hotel is the brainchild of Koperasi Guru-Guru Melayu Larut, Matang, Selama dan Dinding Taiping Berhad which received an allocation of RM1 million from Muhyiddin.

    ReplyDelete
  16. In his speech, Muhyiddin urged the over 9,000 cooperatives in the country to take heed of the government's call to further develop themselves by divesting in other activities which could bring significant returns to them.

    ReplyDelete
  17. The five possible areas the cooperatives could involve themselves were the financial sector, wholesale and retail sector, tourism and health sector, agriculture and agro-based sector and the farming sector. The role of the cooperatives in the country's economy is highly significant and strategic.

    ReplyDelete
  18. Media alternatif memang banyak tapi maklumat tidak semestinya tepat. Harus dinilai sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  19. Undi saja BN untuk masa depan negara dan rakyat.

    ReplyDelete
  20. Undi saja BN untuk masa depan negara dan rakyat serta undi BN bererti menyerahkan lebih banyak tanah NCR kepada taukeh asing, UNdi Bn bererti menyokong kerajaaan melaksanakan cukai GST lepas pRU13 kalau tidak negara bangkrap kata Idris Jala Undi BN bererti menyerahkan lebih banyak kerja di Jabatan Kerajaan perseketuan kepada orang luar Sabah

    ReplyDelete
  21. Betul kerana generasi muda yang akan mewarnai politik pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  22. Mana2 yang akan memenangi pilihanraya akan datang harap dapat memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  23. Bukan masalah atau persoalan media baru/tidak. Tetapi rakyat mahukan kejujuran & keikhlasan wakil rakyat (DUN/Parlimen) & pemerintah melaksanakan amanah & tanggungjawab. Bukan juga masalah parti tetapi masalah orang yang menguruskan parti / mentadbir negara. Rakyat hanya maukan yang terbaik bukan sahaja untuk hari ini. Tetapi untuk kelangsungan generasi mendatang. Pembangkang / bukan pembangkang. Rakyat sudah bijak memilih & menilai. Tidak perlu masuk universiti or belajar tinggi2 untuk menilai samada pemimpin / kerajaan baik atau tidak.

    ReplyDelete
  24. pengundi muda kini menjadi perhatian, kebanyakkan mereka adalah pengundi atas pagar.

    ReplyDelete
  25. Biasanya di Sabah diberi zink 10 keping tangki 1Malaysia sudah undi BN. Kesian mereka ini!

    ReplyDelete
  26. Memang media alaf baru sgt dminati kerana ianya tidak jumud kearah pemikiran umno. Media ini trutama drp blogger2 ianya brpaut antara satu dgn yg lain bg berita 2 yg lebih abshah.

    ReplyDelete
  27. Pengundi di bawah umur 40 tahun menghampiri 48 peratus jumlah pengundi dalam pilihan raya ke 13 nanti. Oleh itu, ramai parti dan pemimpin yang menggunakan media baru untuk mendekati rakyat seperti FB dan Twitter.

    ReplyDelete
  28. Datuk Najib Razak juga aktif ber-twitter bersama followers beliau, ramai rakyat boleh mendekati beliau melalui media seperti ini. Dikatakan followers Datuk Najib melebihi followers Datuk Anwar.

    ReplyDelete
  29. Masa ini Datuk Najib ada 830,895 followers, manakala Datuk Anwar hanya ada 185, 530 followers.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.