Thursday, August 16, 2012

Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporan Bernama.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

- Bernama

25 comments:
Write comments
  1. Gila pangkat & kepala agung c hensom Nasha ni

    ReplyDelete
  2. Najib pakai apa orang PAS tak pakai dah...kitar semula.

    ReplyDelete
  3. bermuzakarah biasa aje..apa salahnya pok nik oii..baca nih

    KUALA LUMPUR 12 Ogos - Tindakan pemimpin Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi pelbagai hujah serta dalil bagi mewajarkan penghinaan Karpal Singh dalam isu hudud menunjukkan parti itu kini dayus.
    Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad berkata, perbuatan itu juga umpama 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' sedangkan Karpal kekal dan tidak pernah berganjak daripada pendiriannya.
    Sambil melahirkan kekecewaan, beliau berkata, kebiadaban Karpal termasuk menggesa bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memberi kuliah kepada pemimpin Pas dalam isu hudud adalah disebabkan kelemahan parti itu sendiri.
    "Isunya sekarang kenapa pemimpin-pemimpin Pas ini begitu beria-ia mencari hujah untuk mempertahan Karpal? Apakah benar pemimpin Pas kini sudah boleh menerima penghinaan daripada DAP semata-mata demi politik?
    "Sebab itu dalam surah al-Maidah, Allah telah berpesan kalau hendak berkawan dengan bukan Islam berhati-hati kerana mereka sentiasa berusaha untuk memalingkan kamu. Apa yang berlaku kepada Pas sekarang sudah jelas.
    "Tindakan ini jelas menunjukkan Pas bukan sahaja tunduk kepada DAP dalam isu hudud dan negara Islam tetapi mereka menggadai satu demi satu prinsip perjuangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

    ReplyDelete
  4. 14 Ogos 2012, Karpal meminta Salleh yang juga ahli serta bekas wakil rakyat Pas memberi kuliah kepada pemimpin parti itu mengapa hukum hudud dan hasrat menubuhkan negara Islam tidak boleh dilaksanakan di negara ini.
    Mengulas lanjut, Hasan berkata, hujah pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi sendiri yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih teruk berbanding DAP dalam isu penolakan hudud tidak tepat serta boleh dipersoalkan.
    "Apakah kerajaan hari ini lebih teruk daripada kafir harbi? Apakah membina masjid, sekolah agama serta menyemarakkan dakwah Islam itu satu kejahatan sehingga mereka menganggap DAP lebih baik dari kerajaan hari ini," soalnya.
    Dalam pada itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad pula berkata, Pas kini tersepit kerana perjuangan mereka bukan lagi bermatlamat menubuhkan negara Islam sebaliknya sekadar mahu menjatuhkan BN.
    Jelasnya, kerana itu Pas terpaksa memainkan semula isu hudud dan negara Islam demi meraih semula sokongan Melayu tetapi dalam keadaan mereka hanya menjadi 'pak turut' kelemahan parti berkenaan semakin ketara.

    jadi karpal ni lebih mulia dari ustaz nasha sbb karpal sentiasa berdendam

    ReplyDelete
  5. beginilah cara PAS bila berhadapan dengan pemimpin2nya yang berniat mahu keluar dari parti itu.. mereka akan buruk2kan pemimpin itu secara halus.. dan sampai masanya, akan dipecat serta merta..

    ReplyDelete
  6. tidak heran juga juga jika selepas ini lebih ramai pemimpin2 PAS akan keluar meninggalkan PAS.. PAS sememangnya sudah tidak releven berdasarkan prestasi mereka ketika PRN Sarawak dan juga PRK sebelum ini..

    ReplyDelete
  7. nak trgelak statement AZROY diatas. Kah kah kah paling kelakar dlm dunia. Dia sedar ke tak berbondong2 org masuk PAS dr kategori professional serta YB UMNO yg 'lari' dr UMNO yg dah trsasar dr UMNO zaman kegemilangannya pd era Tun Razak dan Tun Hussein Onn dulu. Si Nasharuddin tu bukan lari dr PAS tapi telah dikesan menjadi 'tali barut umno' dlm PAS. Perwakilan PAS ygtendang dia dr kerusi Timb Presiden PAS melalui muktamar agung. Apa pula dok kaitkan dgn Nik Ajis ke Hj hadi ke. kah kah kah..bangang punya statement.

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  8. Adakah Nasharudin Mat Isa bakal keluar dari parti PAS untuk mengikuti UMNO? Mungkin beliau mula merasai PAS bukanlah parti yang terbaik utuknya. Kita tunggulah dan lihat nanti.

    ReplyDelete
  9. Walaupun baru-baru ini ramai pemimpin yang keluar dari BN, tapi sebenarnya ramai ahli juga yang berfikir nak keluar dari parti pembangkang.

    ReplyDelete
  10. Makin banyak parasit dalam parti.

    ReplyDelete
  11. Perjuangan PAS yang buat ahli2nya nak keluar kot?

    ReplyDelete
  12. Apa jadi dokumen negara Islam, nik aziz?

    Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam. Ketika dilancarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003, ia dicanangkan sebagai “usaha serius menangani kegagalan akal manusia” berhubung pelbagai masalah dalam negara. Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah, yang disediakan tenaga pakar Pas.

    Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49. Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular, Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah, mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai “kafir berikat” kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional.

    Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 muka surat ini, atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat.

    Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat umum dan boleh diguna pakai sesiapa.

    Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi.

    Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian: tasawur (gambaran) negara Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara Islam.

    Dari segi ilmu, perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu umum untuk dijadikan panduan.

    Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan.

    jawapan anda mengenai dokumen ini pastinya..ambo tak tau! tanya hj hadi / husam. dgn itu lepaslah nik aziz drp siksa allah di akhirat nanti kerana` tak tau`..mcm tulah jg dgn kes ustaz nasa?

    mcm nilah juga hudud! pas hanya war-warkan shj. pengundi ditakut2kan dgn islam & iman. padahal hanya lantang bersuara walau BN bagi peluang pada 5 negeri pakatan utk buat dgn autonomi (rujuk kenyataan TPM juga anak guru agama sebelum ini)

    ReplyDelete
  13. Mcm mana nak buat negara islam,UMNO asyik dok tunggunak saman dmahkamah jer. Nak cabar hukum Tuhan katakan. Lepas tu isu negara berkebajikan. Sampai ramai yg komen dulu kata negara islam kini negara kebajikan pula. PAS gadai akidah setelah dlm PR. Mereka tak sedar(bodo kot) kan kebajikan tu trkandung dlm islam. Jadi negara brkebajikan tu masih ddlm negara islam. Apa masalahnya. Lpas tu dok kalut cerca tok guru, gerakan islam,hukum hudud, negara brkebajikan dan ntah apa2 lagi perkara tolol yg diutarakan. Kalau yahudi menentang gerakan islam tak kesah sgt,tapi melayu yg kata dah islam ni.

    **888

    ReplyDelete
  14. Nasharuddin bukan bakal keluar PAS tapi bakal dgugurkan jika tak keluar PAS. Cuma dia masih trfikir nasib yg brlaku pd Ibrahim Alkataki, Hassan aqidah dan apa pula gelaran yg bakal dia dpt nanti. Mungkin Nasha Perpaduan kot. Idea dia le yg timbulkan isu kerajaan perpaduan yg sebenarnya jerat percintaan antara PAS dgn UMNO. Dlm masa yg sama jerat yg menghancurkan PAS spt mana pernah BN/Perikatan lakukan pd PAS sebelum ini.

    ReplyDelete
  15. Kalau sudah tidak sehaluan lagi, keluar saja la. Apa tunggu lagi.

    ReplyDelete
  16. M'sia bukan terdiri daripada mereka yang beragama Islam saja.

    ReplyDelete
  17. ustaz nasa wali allah. dia lebih zuhud dari nik aziz.

    allahuakbar

    ReplyDelete
  18. Tokoh dtg & pergi, tetapi parti tetap kekal utuh & x berubah. Klau seorg tokoh itu pergi dgn cara kurang bermaruah, ia adalah perkara lumrah. Inilah penapisan oleh 'Ilahi' sendiri, yg mana ikhlas & telus bakal kekal dlm parti. Smentara yg x ikhlas/kurang ikhlas bakal tertapis dgn sendiri. Dgn proses penapisan ini, hanya individu yg utuh peribadi & ikhlas perjuangan kekal menerajui liku2 perjuangan dlm sesebuah parti/jama'ah. Saudara nasha boleh fikirkan sendiri apa yg baik utk dia lakukan. Klau kita dapati diri kita sudah x sehaluan dgn parti, boleh sj keluar dgn cara terhormat. Justeru apa2 yg kita perkatakan lepas itu, x lagi melambangkan kita sbagai ahli parti/jama'ah. tapi hanya insan biasa yg x ada kaitan dgn parti/jama'ah. Wassalam...

    ReplyDelete
  19. apa jg salahnya dia bersama PM dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Arab Saudi? takkan kerana itu PAS nak marah. jgnlah sekat mereka jalinkan hubungan baik.

    ReplyDelete
  20. suu dzon aje n.aziz nie dgn umarak..mcm alasan pd penyokong dlm menghalalkan pendiriannya.

    ada info baru di ambil 2 malam lepas ketika krew Team Media Kedah sedang membuat tinjauan ke pusat-pusat judi mesin slot sekitar Kedah.

    Sangat mengejutkan kerana kelihatan beberapa orang Pemuda PAS Kedah sedang leka bermain judi mesin kuda ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah solat Tarawih.

    Tanpa segan silu, pemuda-pemuda PAS kedah bermain judi secara berjemaah di salah sebuah pusat judi mesin slot di dalam kawasan Parlimen Pokok Sena yang diwakili oleh Naib Presiden PAS sendiri iaitu Mahfuz Bean Omar.

    Walhal, pemuda-pemuda PAS Kedah inilah yang dok bertakbir sambil terkeluaq anak tekak ketika ceramah PAS.. Hehehe...

    Hebat kan pemuda-pemuda PAS Kedah ini..

    Solat jemaah atas padang bola boleh..

    Berjudi secara berjemaah pun boleh..

    PAS BOLEH !!!

    Isunya disini, penganut-penganut PAS lah yang selalu menuduh UMNO dengan pelbagai tuduhan tetapi sebenarnya depa lah bapa segala celaka..

    Dan isu yang kedua, dulu Mahfuz ni la yang selalu dok hentam Kerajaan Negeri Kedah yang ditadbir oleh BN dulu sebagai tidak Islamik tapi hari ni Allah bayar cash bila kawasan parlimennya sejak PAS perintah Kedah, pusat judi tumbuh dengan begitu banyak dan galak sekali..

    yg ini x dinasihat/ ditegur tapi dialu2kan dlm PAS. cz menyokong PAS - syurga!! tapi ulama yg ada ide / konsep / pdpt baru dibuang!!

    INGAT PAS INGAT JUDI !!!

    Sumber : FB AUPN

    ReplyDelete
  21. nik aziz adalah shia islamic theocracy. bukan pengikut ahli sunnah wal jamaah??!! aku ada fakta2 mengenai perkara ini. ada komen?

    ReplyDelete
  22. anon 3.40..

    Seorang blogger pro PAS Asfanizam Abdullah yang begitu aktif dialam maya ini, telah dipukul oleh sekumpulan samseng yang dipercayai diupah oleh geng Syiah di dalam Parti PAS. Motif kejadian, mungkin disebabkan beliau selalu membongkar kegiatan jahat kumpulan syiah dalam PAS yang berpusat di Pendang, Kedah.

    Kritikan dan terjahan keras yang beliau lakukan selama ini terhadap Phahrolrazi dan Mat Sabu (geng-geng kuat Syiah Pas) menyebabkan mereka mengupah 12 orang samseng untuk memukul beliau semalam. Kejadian berlaku betul-betul dihadapan kedai kereta beliau di jalan Langgar.

    Mc ada menghubungi beliau untuk mengesahkan kejadian ini. Beliau sendiri amat terkejut apabila dipukul oleh orang PAS sendiri. Selama beliau bergiat dalam alam maya, beliau telah berperang dengan troopers UMNO hampir 5 tahun, namun tak pernah pula beliau di pukul. Namun kali ini, beliau dipukul oleh orang Pas sendiri, apabila beliau hanya mengkritik kepimpinan PAS Kedah dan Pusat.

    Jika UMNO, pemimpin BN menggalakkan rakyat kritis dan mereka terbuka. jika PR terutama PAS mereka amat tertutup. menyoal & mengkritik sahaja dianggap iblis. mereka hanya One Man Show! pas habis berceramah & mencerca......pulangg!

    Mc

    ReplyDelete
  23. Nasha buatlah keputusan sendiri dengan baik. Jangan biarkan isu ini menjadi-jadi. Nik Aziz sudah benarkan jadi jangan lepaskan peluang ini.

    ReplyDelete
  24. Si Nasha tu takut nak cabut cam Hassan Hassan aqidah jugak. Sampai kena buang dulu. Kalau dia cabut confirm UMNO tak angkat punya,setakat terima je lar. Banyak dah contoh2 mereka yg lari dr perjuanagn suci PAS dan masuk umno, tiada apa pun. Dlm TV pun muka tak keluar dan kalau keluar pun, tanda nak pilihanraya le tu.
    Memangtiada harga diri le kalau tak keluar dr PAS. Cuma beliau ni baik sedikit dr Ibrahim AlKataki ( MP Pasir Mas).Menangh atas ikhsan MB Kelantan yg gatal dok bagi kerusi parliment tu pd AlKataki.

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  25. Adillah tu..ada yang masuk pembangkang, ada juga yang masuk BN.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.