Monday, August 13, 2012

Logo Merdeka Pakatan Rakyat Ada Simbol Kristian?

Isu penggunaan logo berasingan hari kemerdekaan ke 55 untuk empat negeri Pakatan Rakyat sangat menarik.

Isu itu menarik kerana ini adalah pertama kali berlakunya perbezaan logo dan tema kemerdekaan di antara negeri-negeri PR dan kerajaan pusat, sekaligus merupakan tamparan hebat ke muka Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Rais Yatim yang bertanggungjawab memperkenalkan logo dan tema UMNO BN "Janji Ditepati" yang dijadikan tema hari kemerdekaan.

Yang kedua, isu tersebut menarik kerana di dalam logo yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat, ada pihak tertentu terutama blogger pencacai menyatakan logo tersebut mempunyai unsur kristian dan yahudi kerana ada lambang burung tertera di logo berkenaan.

Betapa pecek dan pendeknya akal dan ilmu para pencacai tersebut apabila begitu cepat menuduh wujudnya unsur kristian dan yahudi semata-mata kerana ada lambang burung di di logo berkenaan.

Sedangkan "burung" merupakan binatang yang banyak kali disebut di dalam al-Qur'an.

Dan kisah burung yang paling masyur di dalam Al-Quran ialah kisah Allah juga telah mengutus burung-burung untuk menghancurkan sebuah angkatan tentera bergajah di dalam Surah Al-Fiil.

Di dalam kisah tersebut, Allah menjelaskan,
"Dan Dia mengutus kepada mereka burung-burung berduyun-duyun, dengan membalingkan kepada mereka batu-batu daripada tanah liat yang dibakar," (105:3-4).

Mungkin ayat tersebut amat digeruni oleh UMNO maka sebab itu mereka fobia dan trauma melihat ada gambar burung di dalam logo kemerdekaan Pakatan Rakyat.

Selain itu, banyak pertubuhan Islam di dunia turut menggunakan "burung" sebagai logo, tema dan simbol perjuangan mereka seperti perjuangan rakyat Palestine di bawah ini:

18 comments:
Write comments
  1. mmpph.. nik aziz pun sokong! apa lagi penganut2 PAS! sblm naik, mereka mmg bising pasal murtad, arak & pelacuran! rupanya hanya mengejar redha pengundi!! PR MMG SENTIASA GAGAL MENEPATI JANJI. rujuk shj negeri2 PR! sebelum bertanding cerita tiada masalah itu, tiada masalah ini! rupa2nya tipu pengundi shj

    "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."- jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

    email MaufakatNet@yahoogroups.com. pula boleh dirujuk sebagai tindakan dalam diam oleh dsai (PR). ini baru sikit jerr.

    isu tuhan mencarut, UMNO kafir, kronisme, penyelewengan, skandal tanah orang asli, tanah2 pertanian, dinar emas, adalah isu yg didakwa `lama` oleh PAS. tanpa ada penarikan, pembetulan mohon maaf @ muzakarah dgn para ulama2 muktabar! ini kerana pemimpin2 PAS adalah maasum termasuk mohamad sabu!

    itu belum Izzah, Anwar, Azmin, Lim.. mereka juga akan dipertahankan sekuat2nya oleh jentera PR.. inikan pula logo merdeka, brader!

    now..liwat, lgbt juga mereka dah syubhah. logo merdeka ini adalah satu perkara biasa! mcm kuil2 besar di kelantan! jika UMNO buat - dibenci & dikutuk! jika PAS yg buat - itu adalah kebaikan & syurga bagi penganut2 PAS! jika PAS x tepati janji tidak mengapa! membangkang/ mengkritik aje dianggap berhati iblis.

    sorry 2 say - 4 me, PAS adalah parti sesat semalaysia! Logo2 Merdeka PR adalah dakyah u untuk menarik simpati penyokong2 PR yg sentiasa beralasan aje

    ReplyDelete
  2. Pasti ada orang mahu sabotaj BN ni, dengan mengeluarkan statement macam tu.

    ReplyDelete
  3. Cuma logo saja. apa yang hebat sangat.

    ReplyDelete
  4. sampai ke agama pula jadinya logo hari kemerdekaan ni. tidak patut 1Malaysia tapi logo kemerdekaan berbeza antara kerajaan dan pembangkang.

    ReplyDelete
  5. sudah lama merdeka tapi masih tidak bersatu hati. tidak hairan kalau rakyat akan berpecah belah.

    ReplyDelete
  6. Sambuatan Merdeka adalah perayaan Rasmi Negara. Bukan untuk Parti politik atau mana-mana parti politik sahaja. Ia sepatutnya disambut oleh parti Kerajaan dan Parti Pembangkang bersama-sama. macam hilang arah semua ni..tidak matang....

    ReplyDelete
  7. kesian rakyat diperlembukan lagi..

    ReplyDelete
  8. umporno konon..pasal logo kemerdekaan pun dah menghina umno

    siapa yg porno? siapa yg dengar `kelentong2 power` terus diperlembukan? kerana kau orang.. hina2 perjuangan ikhlas ini, jalur gemilang pun rakyat khuatir nak pasang!

    inilah nilai kempen orang tak sudah! rakyat yg silent majority pun seram nak kibarkan bendera di rumah & kereta mereka

    *orang umno

    ReplyDelete
  9. Pakatan tidak payah sengaja nak mempolitikkan isu logo Hari Merdeka.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan Malaysia sudah membuat kenyataan bahawa mereka akan menggunakan logo dan tema yang sama seperti tahun-tahun yang lalu pada Hari Merdeka tahun ini. Tunggulah dan lihat nanti.

    ReplyDelete
  11. logo pun nak dikaitkan dgn agama ke.. sudah2 lah tu.

    ReplyDelete
  12. tolonglah..paranoid sangatkah?? semua pun mahu kait agama..

    ReplyDelete
  13. Balik zaman jahiliah sajalah orang2 yang otak sempit

    ReplyDelete
  14. Simbol kristian? yang kalau kita berdiri terus depa tangan rapatkan kaki bukan simbol salip ka?

    ReplyDelete
  15. Otak orang yang cakap ada simbol kritian agaknya sudah rosak kot.

    ReplyDelete
  16. AKU BANGGA JADI ORANG KRISTIAN....RUPANYA KRISTIAN SANGAT DITAKUTI...

    ReplyDelete
  17. baru create logo sudah heboh sekampung..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.