Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Pakatan Rakyat sudah kekeringan ilham sehingga terpaksa 'mencedok' hasil kerja kerajaan BN untuk dijadikan sebagai ilham sendiri.
Mengulas tindakan Pakatan yang tampil dengan tema Hari Kemerdekaan mereka sendiri, beliau berkata, tema itu sebenarnya pernah dipakai oleh Jabatan Penerangan dalam buku-buku perpaduan yang diterbitkan pada tahun 2009.
Beliau juga menganggap langkah itu sebagai permainan politik Pakatan yang sengaja mahu memperlekeh kejayaan BN di mata rakyat, lebih-lebih lagi tahun ini diramal sebagai tahun yang akan diadakan pilihan raya umum ke-13.
"Mereka terdesak dan kekeringan ilham. Mereka juga iri hati terhadap kejayaan dan janji yang ditepati kerajaan selama ini.
"Oleh itu mereka cedok sahaja apa yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan sebelum ini dan anggap ia sebagai ilham sendiri,” katanya kepada Bernama di St. Petersburg (Rusia) hari ini.
Semalam, Pakatan mengumumkan negeri-negeri yang ditadbirnya akan menggunakan tiga tema berlainan untuk sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, kerana tidak bersetuju dengan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” yang ditetapkan kerajaan pusat.
Kerajaan Kedah memilih menggunakan tema “Terus Berbakti”, Kelantan menggunakan “Menerajui Perubahan” sementara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”.
Mengulas lanjut, Rais berkata tindakan kerajaan negeri-negeri Pakatan untuk menpunyai tiga tema berbeza bagi sambutan penting itu juga jelas membuktikan kedudukan sebenar mereka yang tidak menpunyai kesepakatan.
"Ini bukti dalam kalangan mereka pun tidak ada kata sepakat. Saya rasa dari segi ini rakyat juga dapat melihat dan menghakimi sendiri," katanya.
Rais berada di sana untuk menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (Telmin) APEC ke-9.
- Bernama / MK
Thursday, August 9, 2012
Tema Merdeka: Pakatan tiru BN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jgn pulak ekau takut kat pambangkang, macam2 yg ekau kata si-Rais. Sapa tiru sapa tu no.2, tapi yg utama 1Malaysia dah ketawakan ekau,hai Rais.Ekau tak der pengaruh pun Rais.Kalu tak kenapa tak leh menang masa dlm Parti Semangat 46 dulu? Tak salah jika den kato yg ekau ni ibarat ADA PUN TAK MENAMBAH TIADA PUN TIDAK BRKURANG.
ReplyDelete-Bokeh UMNO Sri Monanti.
ish org tua ni ..jgn la dok tunjuk sgt bodoh sombong awak tuh, sbelum ni tema kemerdekaan keranamu malaysia dipakai dari tahun 2000 sehingga tahun 2006.(kalau tak silap la) nak tanya ni ada dak org marah2 waktu tu , benda kalau takdak kaitan ngan politik .rakyat malaya ni takdak masalah kot.apa awak igt rakyat malaya ni bodoh sgt ka nak bantah benda yg takdak masalah.kalau awak rasa awak dah salah , minta maap jer la pon bukan suruh cium ibu jari kaki pon..sigh
ReplyDeletemana ada janji ditepati bn ni...dulu masa pru sarawak mcm 2 janji..tp skrng btg hidung yb pon susah mau tengok..tolong2 tengok rakyat sarawak.di pedelaman di daerah padawan jalan sampai 30 thn janji sampai sekarang masih tdk buat baik..harapkan kereta 4WD saja jln rakyat pendalaman mana mampu beli...cakap bekalan air bersih..jgn diharap jauh panggang dr api..so bagi malu lah pakai tema janji ditepati....walaupun saya org kpg saya tahu apa yg dh dibuat oleh bn utk rakyat sarawak...buat projek pun sekadar melepas batuk di tangga...cakap jln tar.tp hujan petan hari tar jln pun dh hilang bersama hujan..
ReplyDeleterais; "serukan namanya" apa cerita???
ReplyDeleteBiarkan saja apa yang pembangkang ingin lakukan. Yang pasti berikan keutaman kepada yang lebih penting.
ReplyDeleteSelamat menyambut hari kemerdekaan. Merdeka.
ReplyDeleteJadi tahun ni nak guna tema apalah?takkan pembangkang dan kerajaan akan guna tema tersendiri atau tiap negeri ada tema khusus??
ReplyDeleteLain kali lebih senang dan tidak mudah dipertikaikan, biarlah semua cetusan idea dari rakyat. buat peraduan untuk tema, logo dan lagu tema.
ReplyDeletetema PR tu sama la macam 1M'sia.
ReplyDelete1Malaysia lebih bagus. Perkataan yang pendenk tapi membawa maksud yang banyak. Konsep yang mantap.
ReplyDeleteA deputy minister on Thursday described the move by the opposition political parties to use their own theme for the Merdeka Day celebration as a political game to belittle the federal government.
ReplyDeleteDeputy Information, Communications and Culture Minister Maglin Dennis D'Cruz said the opposition political leaders did not agree with the theme "Promises Fulfilled" because they could not fulfill their own promises to the people.
ReplyDelete"When they hear the words 'Promises Fulfilled', they feel embarrassed because they can only promise but cannot fulfill. This is their problem. That is why they want to use their own theme," he told reporters after launching the MPHOnline and Samsung eBook application in Subang Jaya near here.
ReplyDeleteThe MPHOnline application is a first free eBook application that can be found in Samsung Apps store following a partnership between MPH bookstores an Samsung mobile.
ReplyDelete"Janji Ditepati is for us politicians. We say or promise something which we have to do for the rakyat (people). It is an awareness. A reminder from the PM (Prime Minister) for us to serve better," D'Cruz said in response to a question on the opposition-administered states using three different themes for this year's Merdeka Day celebration.
ReplyDeleteLast Tuesday, the opposition pact announced that the Kedah government will be using "Terus Berbakti" (Continue to Serve), the Kelantan government, "Menerajui Perubahan" (Leading Change) and the Penang and Selangor governments, "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" (One Nation, One Country, One Soul) as their Merdeka Day theme in opposition to the federal government's "55 Years of Independence, Promises Fulfilled"
ReplyDeleteTiru saja tidak ada salahnya, tau la rakyat mana satu yang akan mereka undi.
ReplyDeleteApapun semua berada ditangan rakyat.
ReplyDeletekemerdekaan tahun ini byk isu pula.
ReplyDeleteinda apa bah kalau PR meniru dari BN kan kita 1 malaysia,yang kooh meniru lirik lagu geraja "serukan Nama Nya" apa macam,jadi jangan lah nampak tahi orang tapi tahi dalam seluar sendiri kooh tidak tercium.
ReplyDeletekita sudah puas makan ikan masin sekarang kita cuba makanan yang lain lepas saja 5 tahun dan tidak sedap kita balik kepada ikan masin harap
ReplyDeleteharap semua kawan-kawan menyokong ini
bn haprak...janji ditepati apa....apa pun x boleh yg tahu rasuah2222.....
ReplyDeleteTidak perlulah mempolitikkan isu ini kerana kerajaan sudah membuat keputusan untuk menggunakan slogan dan tema seperti tahun lepas untuk Hari Kemerdekaan tahun ini. Tunggulah dan lihat sajalah, sambutan tahun ini pasti meriah seperti dulu.
ReplyDeletePakatan mengumumkan negeri-negeri yang ditadbirnya akan menggunakan tiga tema berlainan untuk sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Tiada orang menghalang mereka menggunakan tema yang berlainan jika tidak bersetuju dengan slogan Janji Ditepati. Ikut suka hati kerajaan negeri masing-masing lah.
ReplyDeleteRais berkata, negeri-negeri Pakatan menggunakan tiga tema yang berlainan menunjukkan bahawa mereka tidak menpunyai kesepakatan.
ReplyDelete