Monday, August 13, 2012

50,000 Sambut Hari Belia Peringkat Negeri Selangor

Program Sambutan Hari Belia Antarabangsa peringkat Selangor berjaya mendapat sambutan hebat dengan hampir 50,000 orang menghadiri majlis diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini bermula dari pagi hingga lewat malam semalam.

Program tersebut dimulakan dengan pertandingan memasak bubur lambuk dan pertandingan catur Piala Menteri Besar serta yang lain dengan penampilan selebrtiti popular tanahair seperti Diana Amir, Yatt Hamzah, Ali XPDC, Abby Abadi, Faizal Tahir, Man Raja Lawak serta Penceramah Sejuta Umat, Ustaz Azhar Idrus.

Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya berpuashati dengan sambutan diberikan kepada program itu yang mana ianya memberi gambaran ianya bertepatan dengan kehendak golongan muda di negeri Selangor.

“Saya berpuashati dengan usaha semua pihak terutamanya Penggerak Belia Tempatan (BT) di seluruh Selangor bagi menjayakan program ini. Program memasak bubur lambuk juga berjaya dengan lebih daripada sasaran yang kita tetapkan iaitu dari 100 meningkat kepada 121 penyertaan.

“Kehadiran malam ini (Program sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus) cukup baik dengan kemunculan beberapa artis yang tampil berubah dan ini memberi kekuatan kepada golongan belia bagi mencontohinya,” katanya kepada media selepas program tersebut berakhir semalam.

Program Sesi Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus turut disertai Man Raja Lawak, Faizal Tahir dan Abby Abadi mendapat sambutan yang mana ia berlangsung penuh lawak jenaka dan santai.

Dr Ahmad Yunus berkata, Kerajaan Negeri sesungguhnya mahu golongan anak muda atau belia turut serta dalam pembangunan negeri ini kerana anak muda mempunyai kekuatan dan pemikiran yang bernas.

Beliau berkata, menerusi program dijalankan itu menyaksikan gabungan Kerajaan Negeri dan anak muda berjaya menghasilkan satu kesan yang memberangsangkan.

Ustaz Azhar Idrus pula berkata, anak muda memang meminati hiburan dan sebagainya tetapi mereka ingin terlibat sama dalam program yang membawa kebaikan kepada diri mereka.

“Contohnya apa yang dibuat Kerajaan Negeri ini ada solat terawih, ada masak bubur lambuk dan yang lain, anak muda yang datang. Kalau program begini dibuat di kampung-kampung, orang tua saja yang datang. Kita boleh tengok sambutannya macam mana dengan berpuluh ribu yang hadir. Sewajarnya program ini kita teruskan. Kerajaan patut memberi keutamaan dan rakyat pula sokong,” katanya. -selangorku

20 comments:
Write comments
  1. (sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil,Banyak kerusi yang kosong sedangkan Najib masih berada di pentas utama.) Ini petikan berita Hari Koperasi Negara 2012 anjuran BeeEnd. Tanda-tanda kejatuhan UMNO dan Najib. Di Semananjung apa-apa anjuran BN majlis kosong kalau anjuran Pakatan Rakyat puluhan ribu yang datang. Sebab itu Najib terpaksa berulangalik ke Sabah minta simpati dari Sabah yang kononnya Simpanan Tetap BN sebab Sabah ramai pengundi yang terdiri dari PATI.

    ReplyDelete
  2. wal fitnaatu shaddu minal khotr. hati2 ye! saya sayang kamu semua

    ReplyDelete
  3. Belum bertanding lagi, jangan cepat membuat andaian

    ReplyDelete
  4. Undi saja la BN, jangan undi Pakatan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Baguslah ada sambutan menggalakkan daripada golongan belia..

    ReplyDelete
  6. Memang sambutan menggalakkan kalau ada golongan artis dan penghibur. cuba kalau ceramah saja..

    ReplyDelete
  7. nape sikit sangat? ingatkan `500 ribu` mcm PKNK sapu saham felda! hehe

    mmm, bagaimana pula dgn 30 ribu himpunan oren bantah FGVH tu yer? nape x cerita? dengarnya lebih 40 juta orang berhimpun! hahaha hap ptuiii

    ReplyDelete
  8. WAK FITNATU ASYADDU MINAL KHOTR..Jgn kamu brsama UMNO melempar fitnah

    ReplyDelete
  9. parti umno tunggu masa nak masuk kubur

    ReplyDelete
  10. menanti berita gembira di PRU13 dengan kerajaan PR yang mantap.

    ReplyDelete
  11. Baguslah kalau begitu, kita tunggulah dan lihat nanti sama ada Selangor mampu mengekalkan sokongan majoriti rakyat pada PRU-13.

    ReplyDelete
  12. 50,000 orang menghadiri majlis diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, tidak tahulah sama ada 50,000 orang ini akan mengundi PAS pada PRU-13. Nanti kita menunggu pengiraan undi sama ada ia mencecah 50,000.

    ReplyDelete
  13. jumlah hadirin tak semestinya menunjukkan sokongan

    ReplyDelete
  14. Jangan over confident dengan angka yang hadir tu la

    ReplyDelete
  15. PR di Selangor pun macam2 skandal sudah keluar.

    ReplyDelete
  16. sambutan hari belia satu yang boleh memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan sesama belia2 kita.

    ReplyDelete
  17. Mana2 pihak yang melakukan event seperti ini itu tidak penting, apa uang penting niat kita baik.

    ReplyDelete
  18. Kalu buat event yg mcm nih mesti niat baik ler tu. Niat apa, nak sedarkan rakyat tentang 'kezaliman' trsembunyi yg ada pd umno.

    ReplyDelete
  19. entah betul ka tidak sampai 50 ribu.. yang ramai2 tu pun sekadar tengok artis saja..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.