Wednesday, August 15, 2012

Panas!!! Ditangkap Berkhalwat Di Bulan Puasa

Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah hotel selepas penat membeli-belah pakaian dan barangan sempena Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban dengan tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek di hotel berkenaan pada jam 1 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.

“Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas,” katanya.

Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah.

“Difahamkan lelaki terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya bekerja di sebuah syarikat swasta,” katanya.

Dalam operasi yang berasingan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, sepasang kekasih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dicekup khalwat di sebuah hotel berasingan.

Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu sudah berkahwin, manakala pasangannya berusia 18 tahun tidak mempunyai pekerjaan.

“Pasangan berkenaan juga memberi alasan membeli-belah sempena Aidilfitri. Pada awalnya lelaki berkenaan memberi alasan gadis terbabit merupakan tunangnya,” katanya.

Kedua-dua pasangan terbabit antara 23 individu yang dicekup khalwat di lima hotel bajet sekitar ibu kota.

Beliau menasihati ibu bapa memantau anak mereka kerana kebanyakannya yang dicekup khalwat memberi alasan membeli-belah bersama pasangan di sini.

“Ibu bapa harus bertanggungjawab, jangan memberi kelonggaran dan kebebasan terhadap anak mereka kerana khuatir mereka akan terlanjur di hotel bajet,” katanya.

Operasi selama empat jam itu dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara. –SH

20 comments:
Write comments
  1. kalau hudud, kena rejam nih! inilah orang2 kelate. sbnrnya banyak lagi maksiat yg org2 melayu kelate buat di sana sini. mahaguru gedebe nik aziz dah tentu beralasan yg salah adalah umno! yg jahat adalah umno! maklumla asyik berceramah merata tempat. hga rakyat buat maksiat pun buat x tau ajer!!

    mahaguru jwb nda tau apa2 & dia lepaslah dari siksaan allah

    dasar org gedebe! dari pemimpin sampaila rakyatnya!!

    si pembuat maksiat dalam pru ni akan sokong pas punyalah! nak msuk syurga la, katakan....yg salah orang lain/bn! pas nda salah!!

    ReplyDelete
  2. Dorang buka puasa cara lain hehe

    ReplyDelete
  3. org kelantan tak buat maksiat dekat negeri PAS,sebab kawalan ketat,jadi buat la di ngeri BN.Kalau kata halang hudud,siapa yang halang,Nik Aziz ke Mahathir,cakap pakai otak la.

    ReplyDelete
  4. ooo..kl tu negeri bn!!?? aku rasa selangor pun negeri bn jg la! huhu

    kawalan di kelantan mmg `ketat`! bijih besi di kuala krai. balak haram.. pencerobohan tanah orang asli..perlombongan emas di gua musang..ceroboh tanah! ustazah pas berzina di pasir mas scr diam2 (bukti suda sampai kpm).

    alih2, pas goyang kaki minta subsidi petroleum yg secara kemas dijalankan oleh syarikat kerajaan! maklumla pas pandai cari duit! berceramah mencerca kerajaan bn aje dah berkarung duit! dinar emas pun menampakkan hasilnya!

    mmg kawalan pas ni ketat, bro! paling best ialah kawalan krj pas ke atas air minuman utk org2 kelate! huhu. mental block & kurang fakta menjadikan pemikiran anony 11.41 am pandai sangaatt!!

    ReplyDelete
  5. utk makluman anony 11.41 am ts muhyiddin (di dalam tv3 & utusan malaysia, 2009) telah bersetuju mengeluarkan kuasa autonomi kepada negeri kelantan, penang, perak, selangor & kedah buat hudud & bn diminta memberi laluan kepada autonomi ini.

    dapat bantahan dap dan parti2 chauvinis. ditambah pula nik aziz tidak bersetuju perkara autonomi ini dan mta seluruh malaysia menjalankan hudud!

    begitulah juga dgn permintaan dymm sultan, umno kelantan serta rakyat kelantan utk royalti petroleum di luar pesisir kelantan!

    nik aziz tidak bersetuju dgn tempoh 6 bulan. beliau mahu royalti sebelum raya (utusan malaysia, ogos)

    *saya simpan fakta2 itu

    ReplyDelete
  6. aku ingat..azizan kata dia tak mo buat! nizar sibuk & tak mau jawab. nik aziz mo buat seluruh negara! mb selangor kata itu mustahil dilakukan. lim guan eng no komen (um. 2009)

    PR tunai janji tak?

    ReplyDelete
  7. niat+alasan bagus..cara ntah apa2..kerja tak jadi! rakyat marah..tuhan murka!! pahala ke dosa yg dapat?

    lebi baik dgn umno/bn - niat baik..cara elok..kerja2 jadi! rakyat suka.. tuhan sayang!! pahala dapat!!

    #orang umno

    ReplyDelete
  8. Kahwin la kalau ketandusan sangat.

    ReplyDelete
  9. Boleh-boleh dibulan puasa pun mahu buat macam itu.

    ReplyDelete
  10. anak sapa ni bha? pastinya anak/ sedare mara orang pas! orang kelante kan? xpe..dosa terhapus bila kau menganut pas! cpt..jpe bentara setia dato n ajis! si gedebe maasum tuu! insha allah cpt je masuk syurga!! dgn umno nda dapat masuk syurga!?? huhu

    dasar Pengembang Ajaran Sesat!!

    ReplyDelete
  11. Yg kena tangkap penzina tu buat keja bulan posa. apa kena mengena dgn PAS ke BN ke. Bodoh punya otak. Tu ler, dah bebal otak kerna umno tapi brcakap masih nak tunjuk pandai. Sekalilagi faktanya ialah PENZINA DTANGKAP..apa kena mengena dgn PAS atau BN ? Tak pasai2 trdedah perangai MUNAFIKIN dlm diri anda..apa munafikinnya? Kata Islam tapi sanggup persenda ulama'. Kalu tak pandai ngajar kitab..baik sokong jer tok guru mengajar tu,dapat gak saham akhirat. Ni ndak, dah laer dunia MISKIN bila ke akhirat kelak dlm keadaan MUFLIS.

    ** 888

    ReplyDelete
  12. bagus kahwin dari buat perkara tak senonoh.

    ReplyDelete
  13. Ini pun nak dikaitkan dengan politik.

    ReplyDelete
  14. orang2 kelantan .. jahat atau baik; tinggi atau rendah; swasta atau makan gaji dgn pusat; bodoh atau miskin; celaka atau munafik...99.9% penyokong pas yang tegar!

    si pesalah ni jika ditanya mmg pas pun! hanya pas yg bolehkan dia ke syurga.. zam

    ReplyDelete
  15. Pasti orang tu penyokong PAS, sebati dengan PAS.

    ReplyDelete
  16. Di bulan ramadan ni, banyak2 la beramal.

    ReplyDelete
  17. kalu tak mahu masuk neraka jgn sokong UMporno. sokong kerajaan yg nak tegak syiar Islam dan jgn sokong KERAjaan haramjadah. itu sifir mudah kemana kita di alam akhirat nanti. Tak perlu tanya tok guru,aku pun tau jawapannya.

    ReplyDelete
  18. krajaan membina saham dosa rkyt...August 17, 2012 at 6:21 AM

    Samada kerajaan BN atau PR(bila menang kelak)kalau xbina sekolah agama rendah/menengah/tinggi disetiap pelusuk kampung/daerah dan negeri maka sama jak tanggungjawab/kbajikan trhadap umat islam di M'sia (lebih2 lagi di SabahSarawak)xditunaikn..sapa jak mnjadi krajaan meka patut memina skolah agama sbagai asas membina akidah umat islam...apa yyg ada skrang tanggungjawab krajaan trhadap mmprkasakan umat islam diswastakan kpd guru2 kafa yg mana distengah2 tempt guru kafa ini kadang2 atau xda langsung...krajaan wajib membina skolah agama dan wajib menutup lesen/rumah placuran/prjudian/kelab malam dan tmpt2 brunsurkan/punca maksiat..

    ReplyDelete
  19. berasal dari Kota Bharu, Kelantan.. negeri yang diperintah oleh kerajaan PAS.. apa komen Nik Aziz?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.