Sunday, March 17, 2013

KANTOI : Rambut Pelaku Itu Di Belah Tengah!

Takkala blog-blog pro-UMNO bersuka-ria meletakkan beberapa gambar individu kononnya Anwar yang mengadakan hubungan seks sejenis, ramai mempertikaikan kenapa gambar-gambar itu hitam putih dan tidak berwarna.

Apatah lagi, di sebelah muka Anwar itu gelap dan tidak terkena cahaya dari tingkap, sedangkan badannya jelas dipancar dengan cahaya tersebut.

Tetapi yang menjadikan gambar itu lebih kantoi ialah belahan rambut pelaku di dalam gambar tersebut berbanding dengan belahan rambut Anwar yang sebenar seperti paparan gambar di atas sekali.

Di dalam gambar-gambar itu ternyata lelaki berkenaan mempunyai belahan rambut di sebelah tengah walhal Anwar sentiasa menyikat dan membelah rambutnya di sebelah tepi.

Justeru itu bertambah nyata, pelaku di dalam gambar itu bukannya Anwar.

Sebelum inipun telah dijelaskan bahawa "badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun."

Kebenaran akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.”

-GB

43 comments:
Write comments
  1. belah tengah bila nak gi dating je hehehe

    ReplyDelete
  2. cukup cukup sudah.......

    ReplyDelete
  3. Fitnah jijik sebegini tak akan kekal lama! Akan terbarai juga akhirnya...! Tuhan Yang Mahakuasa akan sentiasa bersama dengan orang yang benar...Doa seluruh rakyat akan bersama dengan Sdr. Anwar...Finally the truth will prevail...Solidariti untuk Sdr. Anwar..

    ReplyDelete
  4. Kalau difikirkan secara lojik, adakah Anwar masih tergamak melakukan perkara yang dilaknati Allah sedangkan sudah beberapa kali dia dituduh melakukan perkara yg sumbang macam ini. Sedangkan kita manusia biasa pun dapat menilai bahawa perkara itu sumbang, apa lagi Allah Yang Maha Kuasa.Jika benar itu Anwar, Allah juga yang akan menghukumnya. Sebagai manusia biasa, janganlah kita suka menghakimi orang lain. Jika kita guna jari telunjuk menunjukkan kepada orang lain, lima jari lagi menunjuk ke arah diri kita sendiri. Oleh itu, jangan suka menghakimi orang lain sedangkan diri sendiripun berdosa.

    ReplyDelete
  5. perkara begini lah di mana rakyat yang bijak dan terpandai,akan bertambah benci dengan pentadbiran BN kerna hidup dengan asyik memitnah,tiada sudah orang lain kah yang kena fitnah selain DATUK SERI ANWAR sahaja/pasal pencerobah lahad datu anwar juga ,pasal gambar liwat,anwar juga pasal tali barut yahudi anwar juga mudah mudahan terkena lah pula pada keluarga pemitnah sendiri baru padan muka.allah hu akbar

    ReplyDelete
  6. Bukan stakat Anwar jet..mana2 insan yg brsama gerakan islam/rakyat tetap akan dkeji olehmereka yg msihdlm parti setan yg dkenali spt mana artis Abby Abadi. Beliau brhijrah dr dunia kelalaian tlh mnerima brbagai cemuhan.

    ReplyDelete
  7. ahli parti ni termasuklah ulamak2nya bukan tak tahu bahawa fitnah tu berdosa besar. Tetapi mereka memang sengaja melawan hukum Allah dan sengaja menempah tempat untuk ke neraka. Mufti2 dan ketua mufti pun senyap saja dengan perlakuan mereka kerana mereka juga 2 X 5.

    ReplyDelete
  8. Pelik! Polis dan SKMM pulak lembab sangat nak siasat. Video ni akan menjadikan BN kalah lebih terok....

    ReplyDelete
  9. Anwar perogol no1 dunia..hahhaaa :D Terbaiklah Anwar..Inikah bakal PM ini? habislah negara.. Bukan bankrap tapi dilaknati..haha :D

    ReplyDelete
  10. Salam untuk Rakyat Malaysia. Dengan kluar fitnah gambar Anwar kononnya.....confirm BN/UMno akan teruk melingkup dan rakyat tengah membenci dgn mainan BN/UMNo skrang ini. Allah akan perlihatkan Kekuasaan Nya dlm PRU13 ini dan BN/UMNo kalah dgn hinah d hadapan rakyat.

    ReplyDelete
  11. Kalau setakat lihat pada belahan rambut, ia belum cukup untuk memastikan siapa yang benar dan siapa yang salah.

    ReplyDelete
  12. Cari kebenaran bukan sebab politik semata-mata.

    ReplyDelete
  13. liwat akan berleluasa jika Anwar memerintah negara.

    ReplyDelete
  14. mantera budus & bengong..ingat same cam pemimpin umno ke

    ReplyDelete
  15. Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin ditolak rakyat dan calon yang bertanding di bawah lambang PKR berhadapan dengan risiko kekalahan dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.

    ReplyDelete
  16. PAS mahu meletakkan calon di kerusi DUN Taman Medan yang kini diwakili PKR dengan alasan pengundi menolak parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

    ReplyDelete
  17. PAS menggunakan ukuran itu berdasarkan bancian bebas yang dibuat terhadap 800 pengundi bukan PAS di DUN Taman Medan.

    ReplyDelete
  18. Lapor portal itu lagi Yang DiPertua PAS Petaling Jaya Selatan, Ghazali Shaari berkata calon PAS wajar bertanding di DUN Taman Medan dalam pilihan raya umum kali ini kerana mendakwa pengundi telah menolak wakil rakyat PKR itu.

    ReplyDelete
  19. bancian oleh sebuah syarikat bebas mendapati pengundi menolak Haniza serta calon PKR lain dalam PRU 13 kelak.

    ReplyDelete
  20. Tinjauan itu dibuat oleh sebuah syarikat bebas membabitkan 800 penduduk dan penyokong parti politik di Taman Medan tetapi tidak membabitkan penyokong dan ahli PAS.

    ReplyDelete
  21. Dalam tinjauan tersebut, 85 peratus pengundi India dan Cina mahu calon PAS. Manakala 35 peratus pengundi Melayu mahu calon PAS.

    ReplyDelete
  22. Operasi 'Sabah Nak Hilang', Antara Pendekatan Anwar Cetus Huru-Hara

    ReplyDelete
  23. Ketua pembangkang Anwar Ibrahim kini dilihat semakin terdesak, semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi perdana menteri tercapai apabila sanggup melakukan dan menghalalkan apa sahaja tindakan sehingga menyemai sentimen kebencian malah menghasut penyokong pakatan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

    ReplyDelete
  24. Ketika menghadiri satu siri ceramah mereka di Seremban baru-baru ini, penulis terkejut dan tidak sama sekali menyangka bahawa Anwar telah menyalahtafsirkan buku hasil karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' sebagai rujukan menghalalkan penentangan rakyat terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  25. Ucapan pemimpin ‘anugerah tuhan’ (gelaran yang dikurniakan oleh isteri tercinta) itu seolah-olah mempunyai "agenda tersembunyi" dengan cuba "mengekploitasikan" karya tersebut.

    ReplyDelete
  26. Rakyat diajak untuk menerima tafsiran jijik yang dibuat Anwar bahawa kebangkitan rakyat menetang kerajaan adalah merupakan satu perkara yang dibenarkan Islam.

    ReplyDelete
  27. Hujah yang disandarkan kepada ulama Islam tersohor itu telah dilacurkan oleh Anwar bagi untuk menyakinkan rakyat, kononnya tindakan mereka bukanlah perkara yang keji malah merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam.

    ReplyDelete
  28. Sedangkan di masa yang sama Anwar gagal menerangkan secara keseluruhan pandangan ulama tersebut.

    ReplyDelete
  29. Apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan rakyat, jenis pemerintahan yang bagaimana perlu ditolak, dalil apa yang perlu diguna pakai dan sebagainya?

    ReplyDelete
  30. Walhal secara rational dan warasnya senario di ‘arab spring’ amat berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan negara ini.

    ReplyDelete
  31. Setiap perbandingan yang dilakukan hendaklah dilakukan secara adil dan menyeluruh ‘apple-to-apple comparison’. Apakah dikira adil sekiranya kita membandingkan antara kancil dengan gajah? Malah di dalam Islam sendiri mentafsirkan pengertian adil itu membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    ReplyDelete
  32. Di dalam disiplin pengajian ilmu sebagai contoh, kita dituntut agar memahami sesuatu perkara itu secara keseluruhan dan bukan hanya mencedok setengah dan meninggalkan yang lain. Malah pepatah Inggeris juga ada menyebut ‘don’t judge a book by its cover’ yang membawa maksud penilaian sesuatu buku hendaklah dibuat secara menyeluruh dan memahami apa maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis.

    ReplyDelete
  33. Anwar dilihat sudah berkira-kira bahawa mereka akan tewas dan mustahil untuk mengekalkan momentum seperti yang diperolehi di dalam PRU12.

    ReplyDelete
  34. Tambahan pula masih banyak lagi perkara yang terkandung di dalam ‘manifesto bukan janji’ yang dibentangkan pada 2008 lalu, gagal dilaksanakan sehingga kini.

    ReplyDelete
  35. Maka dengan semua insiden yang berlaku di dalam negara seperti nyanyian ‘Sabah Nak Hilang’, perjumpaan dengan Nur Misuari, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, kenyataan-kenyataan bersifat provokasi dan sebagainya adalah antara faktor penting yang perlu diberi perhatian serius.

    ReplyDelete
  36. Malah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad turut menggesa pelbagai pihak agar memandang serius ugutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang berhasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir sekiranya gagal dalam percubaan untuk menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  37. Memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang turut mendedahkan, perancangan jahat pembangkang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian seterusnya meletakkan kesalahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijadikan sebagai korban kambing hitam

    ReplyDelete
  38. Menurut Timbalan Perdana Menteri, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  39. MENGAPA KALAU ADA KELUAR VIDEO-VIDEO ATAUPUN GAMBAR-GAMBAR TERUS MENUDUH UMNO/BN?? HAIRAN JUGA JIKALAU KOMEN2 DIATAS SERING MENGATAKAN UMNO/BN AKAN KALAH TERUK BILA MENYEBARKAN FITNAH INI, TIDAK KAH PIMPINAN UMNO/BN MENYEDARI AKIBAT DARIPADA PERKARA INI??? HAIRAN YA...MUNGKIN BUKAN PIHAK UMNO/BN YG SEBARKAN....HAHA TANDA SOAL KAN (???????)..FIKIR DAHULU BAH.

    ReplyDelete
  40. nda payahlah bising-bising sini. tunggu ja PRU dan pangkah ikut hati./. selesai..

    ReplyDelete
  41. mantera March 18, 2013 at 2:22 PM...Jgn terkejut ....mantera pun mengadu di liwat oleh anwar juga.....

    ReplyDelete
  42. Dh sah2 korang edit jd cam muke anwar kt gambar tu.. mcm budak tadika disuruh teka gambar ape.. mst la bleh jwb walau xtulis.. akai ada ka.. tp mamat tu rambut belah tengah beb.. edit lg jgn xedit.. ehe..

    ReplyDelete
  43. Weiii,, umno sudah-sudah lah tu kalau nak perang saraf dengan PAKATAN, kamu ingat rakyat ni boleh Di perbodoh-bodoh kan dengan lakonan video lucah kamu, di malaysia ini saja yg boleh menerima pemimpin macam Chua soi lek yg terang-terang ada video lucah dan bole masuk balik jadi pemimpin MIC., apa ni?? itu la cara umno Dan BN ,,, parti saitan dan iblis....

    walau macam mana pun kamu umno dan bn kamu ingat !! rakyat sabah akan memberi amaran terakhir untuk kamu Dan akan menumbangkan BN pada pru13 yang telah merendah kan dan memperbodohkan rakyat negeri Di bawah bayu sebagaimana panglima sandokan Dari kepulauan borneo menghancurkan kumpulan sendikit itali suatu masa dulu,

    urang sabah sudah banyak bersabar berpuluh tahun tapi,
    INI KALI LAAAAAAAAAAA.............


    BAYUMURNI.......

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.