Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mempersoal tahap pertahanan negara berikutan perairan negara khususnya di Sabah, terlalu mudah ditembusi.
“Ikut media arus perdana, ada dua bot keluar dari perairan kita. Maknanya bolos dan hanya dicekup tentera laut Filipina. Jadi, Orang masuk pun bolos, orang keluar pun senang-senang sahaja.
“Itu sebab saya kata, mungkin ada agenda tersembunyi yang kita tak tahu,” katanya yang meminta lebih 5,000 hadirin menjawab sendiri persoalan itu, ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak malam kelmarin.
Beliau merujuk kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain yang mengesahkan Ketua Penceroboh Sulu, Azzumudie Kiram melarikan diri ke selatan Filipina 15 Mac lalu.
Hashim yang pernah berkhidmat di Sabah hairan berikutan berlaku pencerobohan di Lahad Datu yang disifatkannya tidak harus berlaku kerana sistem pertahanan negara berlapis-lapis hingga sukar ditembusi.
“Kita buat berlapis. Kumpulan paling rendah sekali – infantri, keupayaannnya terbatas. Mereka jaga di tepi pantai, dilengkapi peralatan untuk awasi kawasan hadapan.
“Itu lapisan pertama. Dan kita ada bot-bot tempur yang boleh meronda kawasan laut. Lapisan kedua, kawasan laut luas ditugas kepada TLDM dan TUDM untuk buat pengawasan.
“Lapisan ketiga sebelum sempadan antarabangsa, kapal terbang dan bot besar ditempatkan di lautan luas. Jadi berlapis-lapis dan diperkuat pula dengan radar – boleh kesan musuh,” katanya.
Hashim berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki peralatan canggih dan mahal tetapi mempersoal sama ada ia dibeli dengan harga tinggi tetapi tidak berfungsi kerana kualitinya rendah.
“Mungkin juga rosak sebab kurang diselenggara. Mungkin, alat ganti tak ada, tak dibeli. Kontraktor tahu bekal sahaja. Rosak, selenggaraan, bukan dia kira,” katanya.
Beliau bertugas bersama ATM selama 38 tahun dan pernah bertugas di Sandakan, Sabah; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Pakistan dan Pegawai Kanan di Wisma Putra serta pernah berkhidmat di Bosnia. -GB
Monday, March 18, 2013
Penceroboh Sulu bolos bukti perairan negara mudah ditembusi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bukan setakat kaw perairan malahan sistem keselamatan secara keseluruhannya, mcm altantuya, dibunuh di negara ini ttp tiada rekod imigresen...
ReplyDeleteSeorang lagi pengganas Sulu dari selatan Filipina ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu di sini, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.
ReplyDeletePanglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata dua pertempuran berlaku hari ini iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan itu.
ReplyDelete"Pada 10.15 pagi kita sekali lagi bertembung dengan musuh dan salah seorang daripada mereka berjaya dibunuh manakala tiga yang lain melarikan diri," katanya dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di markas operasi Felda Sahabat 16, pada kira-kira 11 pagi, di sini.
ReplyDeleteZulkiple berkata tiga lagi musuh itu dipercayai masih berada di kawasan Tanjung Batu dan pasukan keselamatan sedang giat menjejaki mereka. "Mayat musuh yang dibunuh itu hanya akan dikeluarkan apabila keadaan benar-benar selamat," katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata operasi pembersihan masih giat dijalankan di Kampung Tanduo dan Tanjung Labian, sebelum penduduk dibenarkan untuk kembali ke kampung masing-masing dalam tempoh terdekat.
ReplyDeletePasukan keselamatan juga sedang giat memeriksa dan menggeledah rumah-rumah di kawasan operasi bagi memastikan tiada musuh berlindung di kediaman penduduk, kata Zulkiple.
ReplyDeleteDalam pada itu Hamza berkata, musuh kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di sekitar Kampung Tanjung Batu.
ReplyDeleteBeliau berkata orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan usaha menjejaki saki-baki kumpulan militan tersebut dan tidak memasuki kawasan zon merah demi keselamatan.
ReplyDeleteOperasi Daulat bagi mengesan dan memburu kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akan diteruskan walaupun ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah meloloskan diri ke selatan Filipina.
ReplyDeleteBerdasarkan maklumat dan risikan daripada sumber tertentu, pihak berkuasa keselamatan berpendapat dan yakin Azzumudie telah meninggalkan pengikutnya di kawasan operasi dan melarikan diri ke tempat asalnya di selatan Filipina.
ReplyDeleteAzzumudie kiram di kabarkan mempunayai keistemewaan. Di bolos terjun di laut dan menjadi Tiram mindie dan terus berenang dan melekat di boat nelayan dan timbul di pulau tawi-tawi. Itulah kehandalannya.
ReplyDeleteKetua Menteri, Datuk Seri Musa Hj Aman berkata, Sabah adalah sebuah negeri yang selamat untuk setiap orang kunjungi.
ReplyDeleteMusa yang ditemui dalam satu sesi wawancara telah berkata sedemikian selepas merasmikan Majlis Pelancara 1Malaysia Komunit Perwani Dan 1Million Women Purple Walk 2013, di Dataran Bandaraya, kelmarin yang turut dihadiri beribu-ribu orang awam.
ReplyDelete“Sabah adalah sebuah negeri yang selamat untuk dikunjungi oleh orang ramai walau dari mana mereka datang. Tiada apa yang perlu dikhuatiri kerana dengan keyakinan yang tinggi kepada pasukan anggota keselamatan dalam mempertahankan negara kita.
ReplyDelete“Saya juga yakin dengan rakyat kita akan terus memberi keyakinan serta semangat kepada pasukan anggota keselamatan agar mereka lakukan yang terbaik,” ujar beliau yang juga mengambil kesempatan untuk meminta seluruh rakyat untuk mendoakan anggota keselamatan yang sedang bertugas dan juga kepada anggota yang telah terkorban.
ReplyDeleteSementara itu, beliau turut menyatakan Sabah juga tidak pernah lupa untuk menghargai setiap jasa dan pengorbanan wanita.
ReplyDeleteMenurut Musa, Sabah telah membuktikan bahawa setiap jasa dan pengorbanan wanita di negeri ini adalah dihargai dengan wujudnya Wisma Wanita khas untuk setiap wanita. Wisma itu juga turut membantu ramai wanita yang ingin memajukan diri mereka dalam pelbagai sektor terutama seperti, sektor perusahaan dalam bidang masing-masing melalui pelbagai program pihak kerajaan.
ReplyDelete“Saya dan di pihak kementerian sentiasa memberi peluang kepada setiap wanita untuk terus maju. Seandainya, ada kekosongan jawatan penting di mana-mana kementerian , sudah pasti kami akan memberi peluang kepada wanita yang layak untuk memegang jawatan tersebut. Tiada wanita yang dipinggirkan.
ReplyDelete“Kemampuan dan keupayaan wanita sememangnya tidak dapat dinafikan lebih-lebih sumbangan mereka melalui penyertaan dan penglibatan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik,” ujar beliau.
ReplyDeleteDalam teks ucapan beliau turut menegaskan, beliau sungguh gembira kerana program seumpama ini yang mendapat sambutan baik dari setiap lapisan masyarakat.
ReplyDelete“Pada detik ini, dunia menyaksikan Malaysia melakar sejarah kerana buat julung kalinya seramai sejuta orang wanita telah berhimpun serentak di seluruh negara yang mana, program ini juga telah dijalankan serentak di seluruh negara. Di peringkat kebangsaan, program itu dilancarkan di Putrajaya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” ujarnya.
ReplyDeleteKata beliau, penganjuran program ini juga adalah hasil Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang telah dilaksanakan secara sepakat dan kolektif dengan penglibatan pelbagai kementerian dan agensi yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat Hal Ehwal Pengguna di mana, lebih daripada 60 persatuan wanita berdaftar di Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) yang berorientasikan kebajikan masyarakat.
ReplyDeleteMusa dalam ucapan perasmiannya turut mengatakan bahawa kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian, sokongan dan bantuan terhadap golongan wanita negeri ini yang mana, beliau menyatakan, “ Ini adalah kerana wanita adalah pelengkap dengan bersama-sama kaum lelaki dalam memajukan dan memakmurkan negeri,” ujarnya.
ReplyDeleteSementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun yang ditemui disana turut menyatakan Sabah adalah selamat dan orang ramai tidak perlu risau.
ReplyDelete“Daerah Kota Kinabalu adalah satu daerah yang paling selamat. Jangan ragu, jangan risau untuk ke sini. Saya ingin menasihatkan kepada orang ramai agar jangan mempercayai sebarang khabar angin yang disebarkan sama ada melalui perbualan ke perbualan, melalui mesej dan lain-lain kerana ia adalah satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak ini,” jelas beliau.
ReplyDeleteBeliau turut berkata, “Saya dan pasukan anggota keselamatan sentiasa memastikan tahap keselamatan di negeri ini adalah di tahap terbaik dan saya ingin tegaskan sekali lagi, Sabah adalah selamat,” katanya yang turut memaklumkan andai ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu tertangkap, mereka akan diserahkan pada pihak polis di Bukit Aman.
ReplyDeletePemimpin kerajaan dan parti politik, termasuk pembangkang, mendoakan agar negara kembali aman, khususnya di Sabah dan berharap insiden yang berlaku di Lahad Datu, Sabah itu, ditamatkan segera.
ReplyDeletemendoakan kejayaan pasukan keselamatan yang berjuang untuk mempertahankan ibu pertiwi.
ReplyDeleteKita mengutuk mana-mana pihak yang tidak menghargai pengorbanan mereka. Seluruh rakyat di negara ini bersama dengan pejuang tanah air untuk kedaulatan negara
ReplyDeleteanggota kita telah berjaya membuktikan kepahlawanan mereka secara individu dan kekuatan pasukan keselamatan keseluruhannya.
ReplyDeletekejayaan pasukan keselamatan yang menemui mayat 13 anggota penceroboh dalam Op Daulat di Lahad Datu kelmarin, wajar diberi kepujian.
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah dan setinggi tahniah diucapkan kepada pasukan keselamatan kita di atas kejayaan Op Daulat. Saya juga mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban.
ReplyDeleteMasyarakat perlu berterima kasih kepada anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan negara dan bukannya memperlekehkan usaha mereka.
ReplyDeleteSaya harap mereka tidak cuba menjadi hero di laman sosial dengan kata-kata yang menghina pasukan keselamatan kita,
ReplyDeletemelahirkan simpati yang mendapat terhadap ahli keluarga perwira yang gugur di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
ReplyDeleteKami doakan kesemua mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.
ReplyDeleteKami juga doakan agar anggota pasukan keselamatan yang sedang berjuang diberi kesihatan dan kekuatan untuk mengembalikan ketenteraman negara.
ReplyDeleteJasa yang dicurahkan tidak mungkin dilupakan.
ReplyDeletemenyeru rakyat terus beri sokongan padu kepada segala usaha pasukan keselamatan untuk segera menyelesaikan krisis di Lahad Datu dan Semporna.
ReplyDeleteSaya ucapkan tahniah kepada anggota keselamatan yang berusaha mempertahankan kedaulatan negara. Usaha mereka wajar mendapat penghargaan setimpalnya.
ReplyDeleteSebagai rakyat Malaysia, jangan sesekali berhenti beri sokongan kepada perwira kita.
ReplyDeleteSokongan kita pastinya akan membakar lagi semangat pasukan keselamatan untuk terus berjuang.
ReplyDeleteSebelum kita membuat pelbagai andaian berhubung tragedi ini, ada baiknya kita meneliti analisa yang dikeluarkan oleh pemerhati politik dalam dan luar negara berhubung isu ini. Mereka berpendapat tindakan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan perjumpaan bersama pemimpin utama Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari adalah bertujuan untuk mempengaruhi tentera kerajaan Sulu agar datang ke Sabah.
ReplyDeleteAnalisa itu juga berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa Reuters dan agensi perisikan tentera Filipina sebelum ini. Mereka antara lainnya mendakwa Anwar adalah merupakan dalang utama terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan pencerobohan bersenjata.
ReplyDeleteNamun yang menjadi persoalan utama ialah, mengapakah Anwar tergamak melakukan pengkhianatan tersebut? Ini adalah disababkan kerana, menurut analisa tersebut, pakatan pembangkang tidak mempunyai keyakinan terhadap sokongan rakyat Sabah untuk menolak kerajaan BN/Umno.
ReplyDeleteDan sekiranya sokongan rakyat Sabah gagal diperolehi, ia sekaligus bakal menyebabkan impian Anwar untuk merampas Putrajaya hancur berkecai dan bakal menjadi mimpi ngeri buat dirinya. Oleh yang demikian strategi ‘matlamat menghalalkan cara’ perlu digunapakai dalam berdepan dengan dilema ini.
ReplyDeleteSecara keseluruhan Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen, dan pakatan pembangkang dikatakan hanya mampu mencapai kemenangan untuk kerusi Kota Kinabalu. Selebihnya masih lagi samar kerana beberapa faktor seperti jarak kawasan yang luas, pecahan pengundi dan sebagainya. Tanpa sebarang kepastian untuk menembusi kubu kuat BN/Umno ini, sudah pasti Awar tidak berani untuk memperjudikan nasibnya.
ReplyDeleteMaka sesuatu perlu dilakukan agar huru-hara dapat tercetus di Sabah dan sekaligus memaksa pemerintah untuk mengadakan darurat. Sekiranya Sabah telah diletakkan di dalam keadaan darurat, ia sedikit sebanyak dapat menghalang negeri di Bawah Bayu itu dalam menghadapi proses pilihanraya umum.
ReplyDeleteDengan cara itu, kerajaan BN/Umno perlu menjalankan pilihanraya yang berasingan di Sabah sekaligus membolehkan Anwar untuk memberikan tumpuan dan fokus yang menyeluruh hanya di kerusi-kerusi yang boleh ditembusi dan memastikan BN kalah di dalam PRU13. Untuk mengelakkan dari menjadi tumpuan serangan, Anwar mengunakan isu pemberian kad pengenalan sabagai ‘escape point’ dalam perancanagn jahatnya itu.
ReplyDeleteTidak ketinggalan juga, rakyat Sabah berketurunan Sulu pada ketika ini dianggarkan hampir 60 ribu orang. Oleh yang demikian, serangan yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara terhadap penceroboh bersenjata, sekaligus mampu mengundang simpati rakyat Sabah dan seterusnya marah dengan tindakan pemerintah.
ReplyDeleteThis is not the time to point fingers.
ReplyDeleteAnd try to be in that position.
ReplyDeleteJadi adakah anda menyalahkan sesiapa?
ReplyDeleteYang penting adalah usaha kerajaan menangani masalah ni.
ReplyDeletekini pasuka keselamatan memperketatkan lagi kawalan di perairan negara
ReplyDeleteDalam hal kutuk mngutuk pasukan keselamatan,aku rasa tidak ada pun. Hanya UMNO terasa panas buntut sebab lambat arhkan tentera/polis gempur pnceroboh lalu terasa yg pmbangkang mngutuk tentera. Walhal takde pun sapa2 kutuk angg keselamatan kita. Nak alih lagi citer..dtangkap nya Tian Chua yg kata UMNo ( bukan kata Tian Chua) cina tu hina angg keselamatan kita. Permainan jijik UMNO dlm isu Sabah.
ReplyDelete