Saturday, March 2, 2013

Lahad Datu: Edisi BERAPI Berkaitan Lanun Sulu?



SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

Sumber: Sabahkini.net

94 comments:
Write comments
  1. Betul bah itu. Aku parcaya 100% kalu ada yg kata mainan UMNO,bah.Pasar LDatu pun kalu difikirkn ndak salamat,bah. PATI ramai brniaga dah ada kes Peg Daerah kena bunoh pun sebelum ini,bah. Maknanya,PATI memang berani .bah. Itu suma karena BN/BERJAYA dulu. Sanggu gadaikn kedaulatan Sabah demi mareka mau kuasa,bah. Ada kuasa...ada ongkosnya,donn.

    ReplyDelete
  2. Penipu punya sabahkini

    ReplyDelete
  3. Ahmad Malandi?? Ini rakyat Indon yg dpt ic percuma dah jadi org kuat UMNO Silam. Ini aku kanal,ni.Betul,bah itu. Patut Sabahkini nak dibeli oelh Shafie Afdal dgn harga ratusan juta ringgit,hanya masa ndak mngijinkan.

    WALES.

    ReplyDelete
  4. dengar,lihat baru fikir .. apa benda dia cakap .. bukan siapa yang bercakap.. kelentong punya menteri .. tanglengngong punya pengundi..

    ReplyDelete
  5. `Persoalan Kenapa polis tak tentera?

    1) jika MALAYSIA guna tentera dahulu bermakna MALAYSIA dalam perang dengan Sultan SULU.

    2) Juga bermakna MALAYSIA mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada MALAYSIA.

    3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

    Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

    1) MALAYSIA masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

    2) Polis MALAYSIA akan menangkap dan menahan (perkataannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

    3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh MALAYSIA buat di atas lanun Somalia yang MALAYSIA tahan sedikit masa lalu. Orang-orang Sulu` tidak di anggap tawanan perang.

    4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. MALAYSIA kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

    SO, TENTERA MEMANG NDAK BOLEH MENYERANG SULU` PULA. UNTUK PARKARA INI, HANYA POLIS YG WAJIB BERTINDAK. JIKA TIDAK SATU DUNIA AKAN MENYERANG MALAYSIA!!!!


    *Raja Sulu`

    ReplyDelete
  6. kalau org2 felda, org2 kampung tahu perangai yg sebenar amno ni aku rasa dah lama mrk kencing muka puak2 ni....dah dasar yahudi

    ReplyDelete
  7. Pru13 ni antara bn lawan anwar ke PR...tak abis2 fitnah dan segala kejahatan milik anwar....aku salute kat anwar di atas ketabahan beliau menerima tekanan dan serangan bertali arus....dan buat regim amno tambahkan lagi dana 1.2 billion utk terus memburukkan anwar...betul la kata anwar korang sume cicak kubing,bacul...

    ReplyDelete
  8. puak sulu ni dulu merempat

    dtg sabah cara haram pastu bn bg ic soh undi

    dah tu pegang jawatan dalam meno

    dpt tanah berekar2

    boleh buat anak berderet2

    pastu buat kacau plak kat malaysia ni

    peliknya takde plak meno bgtau puak2 ni

    jgn gigit tangan yg bagi depa makan

    takut ke

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  9. Hasil daripada projek IC

    ReplyDelete
  10. harap pihak berkuasa tingkatkan kuasa membendung kes ni,Lima anggota polis terbunuh di Semporna,

    ReplyDelete
  11. ATM apa mau tunggu lagi....keluarkan apa senjata yg....hapuskan puak terrorist ni dari bumi Malaysia.

    ReplyDelete
  12. Apa makna gamaknya kata-kata yang mai dari Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) neh...

    “Saya khuatir akan berlaku perang sivil di Sabah kerana ada ribuan etnik Bangsamoro yang menetap di Sabah, kata Ketua Politik Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Haji Gapul Hajirul di petik Philippine Star semalam.

    Bagi lagi IC kat depa, kan dah makan tuan...!!!

    ReplyDelete
  13. berdamailah wahai saudaraku...

    ReplyDelete
  14. Sekarang rayat sabah bumis patut buka mata dan hati,inilah akibatnya PATI filiphin di bagi IC biru telah merancabg jangka panjang termasuk melibatkan diri dalam politik menjadi ahli dan pegang jawatan pati yang penting dalam umno,silap siapa pastinya UMNO derhaka kepada rayat Sabah so wahai rayat Sabah bersatulah kita pertahankan Negara maka kita kuburkan UMNO di PRU 13 kalau mahu anak cucuk selamat.

    ReplyDelete
  15. Inilah kesan projek M .wawasan mahatir

    ReplyDelete
  16. Siapakah Yang Menceroboh?-Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II. Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

    ReplyDelete
  17. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu? Tidak. Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu.

    ReplyDelete
  18. Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

    ReplyDelete
  19. Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

    ReplyDelete
  20. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh? ‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.

    ReplyDelete
  21. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah? Ya. Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

    ReplyDelete
  22. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran? Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu. Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

    ReplyDelete
  23. Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo. Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

    ReplyDelete
  24. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah? Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

    ReplyDelete
  25. The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang.

    ReplyDelete
  26. (Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)

    ReplyDelete
  27. ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar, menjawab:Who is the one who gave it?

    ReplyDelete
  28. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah? Tidak. Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

    ReplyDelete
  29. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.

    ReplyDelete
  30. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu? Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu. Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao. Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

    ReplyDelete
  31. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu? Tidak. Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

    ReplyDelete
  32. Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

    ReplyDelete
  33. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah? Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

    ReplyDelete
  34. Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).-William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

    ReplyDelete
  35. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?Tipis.Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

    ReplyDelete
  36. Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

    ReplyDelete
  37. Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:(Article 3)The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)

    ReplyDelete
  38. Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

    ReplyDelete
  39. Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

    ReplyDelete
  40. Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

    ReplyDelete
  41. Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

    ReplyDelete
  42. Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

    ReplyDelete
  43. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Kejadian tembak menembak di antara pasukan keselamatan kita dan penceroboh asing di Kampung Tanduo, Lahad Datu memberi kita ingatan bahawa mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara ada kalanya memerlukan pengorbanan.

    ReplyDelete
  44. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Pengorbanan ini bukan saja dituntut dari anggota-anggota keselamatan kita (yang sememangnya pun bersedia untuk mati demi negara), tetapi juga dari setiap rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  45. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Pengorbanan yang dituntut dari orang awam ini bukannya pengorbanan nyawa. Apa yang dituntut ialah mengorbankan sikap suka menuduh dan menyalahkan pihak lain, memperkecilkan kemampuan pihak keselamatan, mengesyaki dan memandang sinis setiap tindakan pihak keselamatan dan menyebarkan berita palsu.

    ReplyDelete
  46. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Malangnya ini tidak berlaku. Sepanjang insiden ini berlaku, saya amati ramai di antara kita yang menggunakan laman web, Facebook, Twitter, SMS dan blog untuk memberi pandangan yang tidak berasaskan fakta yang sahih. Tanpa mereka sedari, sebenarnya mereka menyumbang kepada kekeliruan dan peningkatan rasa gelisah dan panik di kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  47. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Kita juga melihat pemimpin-pemimpin pembangkang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka. Dalam masa pihak keselamatan memerlukan sokongan dan doa rakyat Malaysia dalam menangani insiden pencerobohan ini, pemimpin-pemimpin pembangkang seolah-olah berpesta dengan kritikan dan tuduhan liar mereka.

    ReplyDelete
  48. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Mereka menghina pasukan keselamatan kita, menuduh kononnya insiden ini diatur oleh pihak Barisan Nasional. Rupa-rupanya, kepentingan politik yang sempit masih menguasai tindakan mereka walaupun keadaan semasa menuntut untuk mereka mengorbankan tabiat buruk ini.

    ReplyDelete
  49. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Saya teringat dua insiden sebelum ini yang membabitkan dua percubaan untuk menjayakan tuntutan pihak luar terhadap Sabah. Insiden pertama ialah rancangan untuk menawan Sabah oleh sekumpulan militant rakyat Filipina yang dilatih di Pulau Carregidor, Filipina pada tahun 1967 dan yang keduanya ialah insiden deklarasi Dewan Perwakilan Filipina bahawa Sabah adalah hak negara Filipina pada tahun 1968.

    ReplyDelete
  50. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Apabila perkara ini diketahui oleh Malaysia, kesemua pemimpin-pemimpin tertinggi pembangkang pada waktu itu membuat keputusan untuk mengenepikan kepentingan politik dan berdiri di belakang dan menyokong kerajaan dan pasukan keselamatan dalam apa jua keputusan yang diambil untuk mempertahankan kedaulatan negara.

    ReplyDelete
  51. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Mereka mahu menunjukkan kepada pihak yang menceroboh dan anasir-anasir luar negara yang menjadi dalang pencerobohan tersebut, bahawa rakyat Malaysia bersatu suara dan hati menentang mereka.

    ReplyDelete
  52. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Nama-nama besar pemimpin pembangkang seperti Dr Tan Chee Khoon (Ketua Pembangkang), D.R. Seenivasagam, Ong Kee Hui, Dato Mohd Asri Hj Muda dan C.V. Devan Nair memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan dan pasukan keselamatan.

    ReplyDelete
  53. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Sedihnya, pemimpin-pemimpin pembangkang masa kini tidak sanggup berkorban seperti pemimpin-pemimpin pembangkang terdahulu.

    ReplyDelete
  54. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Sekarang mereka lebih berminat berpolitik sepanjang masa. Kalau pada tahun 60an mereka meletakkan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan keselamatan dalam menangani ancaman luar, sekarang ini pemimpin-pemimpin pembangkang dan penyokong-penyokong tegar mereka sudah tidak ada pertimbangan dan sanggup mengkritik, memperkecil, menghina dan memberi gambaran seolah-olah pasukan keselamatan kita tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Malah ada yang sanggup menuduh insiden tembak menembak itu hanyalah sandiwara pihak Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  55. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Saya berharap agar pihak pembangkang hentikan usaha untuk memperlekehkan pihak berkuasa kita. Tuduhan kepada pihak polis kononnya mereka tidak serius menangani isu ini adalah tuduhan yang melulu.

    ReplyDelete
  56. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Saya maklum ramai orang yang keliru kerana maklumat yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai isu ini agak terhad. Tetapi pihak polis mempunyai alasannya tersendiri samada mengambil strategi memberi masa kepada penceroboh untuk menyelesaikan isu ini melalui rundingan atau menyerang kedudukan penceroboh di kampung Tanduo.

    ReplyDelete
  57. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Mereka juga tahu banyak dimensi lain mengenai isu ini yang tidak dapat dihebahkan kepada orang ramai termasuk rundingan dan strategi mereka. Sudah tentu semua ini tidak mungkin dapat dihebahkan secara sewenang-wenangnya dalam Twitter dan Facebook.

    ReplyDelete
  58. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Pada saya, sejarah kecemerlangan pihak polis selama lebih 200 tahun menangani ancaman kepada negara dari zaman penjajahan kepada ancaman komunis, konfrontasi Indonesia, tuntutan Filipina, rusuhan kaum dan extremis agama, memberikan saya keselesaan untuk membiarkan mereka menangani isu ini dengan cara mereka.

    ReplyDelete
  59. MULA SUDAH MEDIA PRO PEMBANGKANG SEBARKAN FITNAH.. BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR ANWAR DENGAN MISUARI?? MANA SATU YANG LEBIH JELAS BUKTINYA?

    Hakikatnya apabila kita membicarakan soal keselamatan negara, pihak polislah yang mempunyai kelayakan untuk menimbangnya dan bukannya Tian Chua ataupun Lim Kit Siang.

    ReplyDelete
  60. Seluruh rakyat Malaysia digesa bersatu bagi menghadapi insiden pencerobohan kumpulan bersenjata yang sedang berlaku di Sabah. Menurut Presiden Pakatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pro Barisan Nasional, Zulkarnain Mahdar, tidak harus ada pihak di negara ini yang mempergunakan insiden itu untuk meraih kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  61. Rakyat Malaysia perlu meletakkan sepenuh kepercayaan dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada anggota keselamatan negara. Mereka ni telah menggadai nyawa untuk menyelesaikan insiden itu demi mengekalkan keamanan dan kestabilan di negara.

    ReplyDelete
  62. Zulkarnain yakin pasukan keselamatan negara mampu menangani isu itu dengan sebaik mungkin bagi menjamin keamanan di Sabah.Beliau berharap umat Islam di negara ini mengadakan solat hajat di setiap masjid dan surau bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk dan anggota keselamatan di Kampung Tanduo.

    ReplyDelete
  63. Zulkarnain berkata rakyat Sabah tidak wajar mempercayai khabar angin melalui laman sosial dan sebagainya yang mengatakan keadaan di Sabah dalam keadaan bahaya.

    ReplyDelete
  64. “Saya juga merayu dan memohon pertolongan pihak pembangkang agar tidak mensensasi keadaan ini demi kepentingan politik mereka dengan menuduh kerajaan Barisan Nasional sengaja melambatkan tindakan ke atas penceroboh ini,” katanya.Sebuah lagi badan bukan kerajaan, Malaysian Reverted Muslims (MRM) dalam entri laman facebooknya mengecam keras tindakan ahli politik yang cuba mempergunakan isu itu demi meraih sokongan.

    ReplyDelete
  65. Pembangkang juga sepatutnya mempertahankan negara dalam isu pencerobohan rakyat asing itu menurur Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

    ReplyDelete
  66. Mereka tidak wajar memburukkan kerajaan kerana ini boleh menjejas Malaysia sebagai destinasi pelaburan.Mukhriz berkata media antarabangsa sudah pasti melaporkan mengenai Malaysia ‘tidak stabil dan aman berikutan insiden ini’.

    ReplyDelete
  67. Jangan sebarkan khabar angin yang boleh mengeruhkan keadaan lagi.

    ReplyDelete
  68. Rakyat jangan mudah terpedaya dengan khabar agin yang di sampaikan.

    ReplyDelete
  69. penceroboh dah digempur, mereka akan dimusnahkan.

    ReplyDelete
  70. A group of retired policemen gathered at the National Monument to protest against PKR vice-president Tian Chua's remarks over the Lahad Datu standoff. About 100 of them also sang the national anthem at the 10am gathering.

    ReplyDelete
  71. Chua allegedly said in KeadilanDaily.com that the shooting incident in Lahad Datu was a conspiracy by the Umno government to divert attention and frighten the people.

    ReplyDelete
  72. Former Deputy Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Samshuri Arshad said the statement insulted and belittled the sacrifice of the policemen who were injured and killed.

    ReplyDelete
  73. The fact that he could think of their deaths as a farce for a political drama is simply unacceptable

    ReplyDelete
  74. Former IGP Tan Sri Norian Mai and former CID director Tan Sri Mohd Zaman Khan also took part in the protest with retirees from the police VAT69 troop, Squad 69 and Special Branch.

    ReplyDelete
  75. The group also carried placards that said: Tian Chua pengkhianat negara (Tian Chua is a national traitor), Tian Chua manusia tak berhati perut (Tian Chua is heartless), and Tian Chua perlu minta maaf (Tian Chua must apologise).

    ReplyDelete
  76. A red zone has been declared in Tanjung Labian where security forces have encircled two fishing villages after reports of armed Sulu gunmen in the area.

    ReplyDelete
  77. The assault in Lahad Datu is the first ever large scale joint-operation between the police and the armed Forces.

    ReplyDelete
  78. Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the Armed Forces used three units of F-18, five units of Hawks in the attack along with ground forces compromising of police and Armed Forces personnel.

    ReplyDelete
  79. It is the first time the armed Forces and police were cooperating in such magnitude

    ReplyDelete
  80. The setting up of the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) covering a coastline of 1,400 km from Kudat to Tawau, is expected to be as successful as the Rajang Security Command (Rascom) in Sarawak in ending the communist insurgency.

    ReplyDelete
  81. The Rascom model is still relevant, strategic and appropriate in the 21st century to combat a terrorist threat, he told Bernama recently.

    ReplyDelete

  82. ESSCOM came about due to the intrusion on Feb 12 of armed Sulu terrorists from the southern Philippines, who had landed in stages in traditional barter trade boats in Silabukan and Sungai Merah, close to Kampung Tanduo in Felda Sahabat 17, about 110 km from Lahad Datu.

    ReplyDelete
  83. Announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, the ESSCOM areas include Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan and Lahad Datu. Lahad Datu.

    ReplyDelete
  84. Zulkiflee said Rascom was set up by the National Security Council on March 25, 1972 (and dismantled on April 6, 1995) to combat communist insurgency from the Northern Kalimantan People's Party (Paraku) in central Sarawak in Sibu, Kapit, Sarikei, Mukah.

    ReplyDelete
  85. Headed by a Sarawak senior government officer, William Tang, Rascom was not only instrumental in bringing peace and prosperity in the areas under its domain but also in getting Paraku to lay down their arms, thus bringing the three-decade communist insurgency to an end, he added.

    ReplyDelete
  86. Zulkiflee, who is Armed Forces Veteran Affairs Department director-general, was a 24-year-old captain when he started serving Rascom in 1978 and completed his duty in 1980.

    ReplyDelete

  87. Based in Sibu, Rascom was tasked with enhancing security and public order as well isolating communist insurgents from the population by creating resettlement schemes and preventing food supplies from reaching them by mounting roadblocks.

    ReplyDelete
  88. "The armed forces was responsible in maintaining security by flushing out communist terrorists from the jungle. Nuri helicopters were used to trace communist hideouts in the jungle.

    ReplyDelete
  89. "The police were tasked with maintaining public order and enforcing the law to provide a conducive environment for economic growth," he said, adding Rascom also paved the way for by the Rubber Industry Smallholders Development Authority (Risda) and the Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Felcra) to be set up in the areas under its jurisdiction.

    ReplyDelete
  90. Zulkiflee said registration of the people was stepped up to prevent communist insurgents from disguising as locals while security was tightened to prevent communist insurgents from entering towns.

    ReplyDelete

  91. On the Lahad Datu intrusion, he said one of the biggest hurdles faced by the government, was regaining the confidence of the Suluk entnic community in the government.

    ReplyDelete
  92. Zulkiflee said Esscom should give greater emphasis to land and sea security while the immigration procedures should be further tightened.

    ReplyDelete
  93. "Maybe some of them are still grieving, not satisfied with the what the government had done to their kin or relatives... We must ensure that they continue to be loyal to the country and support the government because they choose to live in this country," he said.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.