Saturday, March 2, 2013

Siswa GM13 cabar PM debat di RTM

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang mengumumkan untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan Parlimen perdana menteri di Pekan, kali ini mahu berdebat pula dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung manifesto mahasiswa untuk pilihan raya umum akan datang.

Semalam, mereka menghantar surat permohonan kepada stesen RTM semalam supaya menganjurkan debat tersebut antara perdana menteri dengan pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir.

Syis menyerahkan surat tersebut kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir Don kira-kira jam 12 tengahari semalam.

Seramai enam mahasiswa mengiringi beliau menyerahkan surat tersebut kepada Nadzir di pintu masuk Angkasapuri semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Syis Abdul Kadir berkata antara intipati manifesto mereka boleh diperdebatkan adalah berkaitan dasar pengajian tinggi negara.

"Hal ini bertujuan untuk mengetahui maklum balas dari perdana menteri sendiri berhubung dengan segala isu yang telah berlaku kepada mahasiswa sebelum ini terutamanya berkenaan manifesto mahasiswa dalam menghadapi PRU-13," surat permohonan itu dipetik.

Dalam surat tersebut, mereka mencadangkan tajuk debat adalah "Barisan Nasional jadikan universiti sebagai kilang" dan mengesyorkan ia disiar secara langsung di Angkasapuri.

Syis yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (UM) berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga 6 Mac ini kepada RTM untuk memberi keputusan.

Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM itu berkata, pihaknya juga akan menghantar salinan surat permohonan debat itu kepada Jabatan Perdana Menteri melalui emel Isnin ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya akan melancarkan manifesto mahasiswa pada Isnin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur jam 8.30 malam.

9 comments:
Write comments
  1. Kamu siswa/i mau cabar aku debat?? auwww!!!!Dahsyat you.

    ReplyDelete
  2. kencing pun bercabang, ada hati mau eksen?

    ReplyDelete
  3. Budak sekolah ajak Najib debatpun, Najib tak berani..Memang tak ada telur..

    ReplyDelete
  4. Najib bila bercakap sorang2 bukan main syiok.. bila dicabar berdebat takut..???

    ReplyDelete
  5. Takk kan lah budak ajak berdebat pun PM aku ni kecut. Kalau tak brani jugak tak payah lah diadakan debat PIALA PERDANA MENTERI diantara universiti2 tempatan. Buat malu kaum je...ceh..!!

    ReplyDelete
  6. Ni la..sikap manusia..pantang dicabar semua nk buat.. mcm mn nk jd Pemimpin klu pemikiran mcm gengster? Klu yg menulis org islam tentu kmu akn fhm... 10org ulama kalau berdebat dgn 1 org kafir.. 10 org ulama pn akan kalah..wlu seorg kafir, tapi putar belit untuk buktikan dia betul wlu pun ada bukti sahih...so, ulama pun xperlu untuk berdebat dgn org yg byk putar belit...

    Klu anda bijak, anda faham maksudnya.

    ReplyDelete
  7. Itu cakap mcm x berani lawan jer....dah tau...mana berani debat.... berani kata kat tv jer...

    kalau anda bijak, anda faham maksudnya..

    ReplyDelete
  8. kita kena demokrasi dan bagi kebebasan berpikir dan jangan kita belenggu . mahasiswa harus memperjuangkan dan menegakkan kebenaran masa depan negara . ini demi bangsa agama dan negara malaysia dan kita harus menolak parti umno/bn

    ReplyDelete
  9. Dgn soalan Najib pd hadirin pun , dia dah dpt keMALUan besar ( dPenang) apa lagi nak berdebat. Helloo kwan, jgn bagi Najib rasa kemaluan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.