Sunday, March 17, 2013

Mampukah Pakatan Menang Besar Di Johor?

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan keyakinan bahawa negeri Johor mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimenangi Pakatan Rakyat.



Ini, katanya kerana Pakatan Rakyat telah berjaya menembusi negeri Johor pada PRU12 pada 2008 yang lalu dengan memenangi beberapa buah kerusi, lapor Nusajaya Kini.

"Undi populariti kita juga sangat besar yang menyakinkan lagi Pakatan Rakyat untuk memenangi beberapa dewan undangan negeri dan parlimen di negeri Johor ini.

“Tambahan lagi, sambutan rakyat negeri Johor terhadap Pakatan Rakyat sangat memberangsangkan,” tegas beliau pada sidang media yang diadakan sempena jamuan rakyat anjuran PAS Kawasan Kulaijaya, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri ribuan masyarakat sekitar itu ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, Pengerusi DAP Negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Negeri Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

-HD

64 comments:
Write comments
  1. mampukah dacing berkarat utk bertahan???

    ReplyDelete
  2. Najib mengingatkan rakyat bahawa negara ini memerlukan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil untuk memimpin bagi menjamin kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  3. Katanya sekiranya negara dipimpin oleh sebuah kerajaan yang lemah dan tidak mampu menjamin kestabilan, ia boleh mengundang pelbagai masalah seperti rakyat, pelabur dan peniaga hilang keyakinan.

    ReplyDelete
  4. Perdana Menteri juga menafikan kenyataan pembangkang yang mendakwa kerajaan sedia ada perlu diubah dengan sebuah kerajaan baharu kononnya bagi negara mencapai kestabilan dan kemajuan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  5. Katanya jika negara diubah secara mendadak tanpa perancangan yang rapi ia belum tentu menjamin kestabilan dan adalah lebih bijak jika negara melakukan perubahan menerusi dasar transformasi yang telah dirancang rapi seperti dilaksanakan kerajaan BN hari ini.

    ReplyDelete
  6. Najib berkata sejak gagasan 1Malaysia dan dasar transformasi diperkenal empat tahun lalu banyak kejayaan telah dicapai atau dikecapi rakyat dan negara.

    Beliau berkata kejayaan yang lebih besar menanti jika rakyat dapat memberikan mandat yang lebih kuat kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  7. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata konflik yang berlaku antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor membuktikan tiada muafakat dan persefahaman dalam pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  8. Beliau berkata konflik yang mencetuskan perbalahan terbuka di kalangan parti pembangkang itu memberi gambaran yang tidak baik dan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap mereka.

    ReplyDelete
  9. “Soal kerusi pun tak boleh selesai kalau esok ada pilihan raya dia (pakatan pembangkang) akan bergaduh dan tentu tidak ada kesepakatan dari segi kerusi.

    ReplyDelete
  10. “Dari segi hala tuju dan dasar pun mereka tidak ada dalam haluan yang sama. Ini hakikat yang ada dalan pakatan pembangkang,” katanya

    ReplyDelete
  11. Muhyiddin diminta mengulas mengenai konflik yang berlaku dalam pakatan pembangkang di Johor sehingga menyebabkan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya dalam satu kenyataan.

    ReplyDelete
  12. Karpal dilaporkan berkata konflik antara DAP dan PKR di Johor kini mencetus perbalahan terbuka dan boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  13. Beliau dilaporkan berkata DAP memandang berat penegasan pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau bahawa pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.

    ReplyDelete
  14. Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau telah mengandaikan bahawa konflik seperti itu akan akan berlaku di kalangan parti dalam pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  15. “Saya dah andai dah. Cerita ni sudah lama, agaknya ia sudah menggelegak. Chua, dia PKR tetapi orang dalam PKR pun tak berapa yakin dengan dia. Orang DAP macam Karpal kata dia (Chua) bekas pemimpin MCA yang telah meninggalkan parti, lepas tu nak masuk PKR, dia tak berapa yakin,” katanya.

    ReplyDelete
  16. Biarpun bakal berhadapan dengan cabaran besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti, Barisan Nasional(BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin menang dan terusmentadbir negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    ReplyDelete
  17. Muhyiddin yang Timbalan Pengerusi BN dan UMNO berkata, keyakinan itu diambil kira berdasarkan persediaan yang begitu rapi dan tersusun parti komponen BN, selepas hilang majoriti dua pertiga pada PRU-12.

    Katanya, selain anggota komponen BN yang telah disuntik semangat kerja berpasukan, persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan sukarelawan turut berganding bahu dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN, sekali gus merampas negeri-negeri yang hilang kepada pembangkang pada PRU-12.

    ReplyDelete
  18. Situasi kini umumnya bertambah baik. Banyak pakar-pakar, ‘think tank’ (kumpulan pemikir) dan penganalisis berkata BN akan menang. Mereka mesti ada fakta dan perkiraan. Saya melihat bahawa trendnya bertambah baik.

    “Jangkaannya, kita (BN) boleh dapat pertahankan kedudukan kita. Cuma kita nak perkukuhkan di kawasan-kawasan tumpuan,” katanya ketiba berucap pada majlis dialog PRU-13 untuk Wilayah Persekutuan anjuran bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan, Veteran UMNO Wilayah Persekutuan dan Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Wilayah Persekutuan.

    ReplyDelete
  19. Selain itu, katanya, pembaharuan dan transformasi yang giat dilakukan kerajaan dalam usaha menjamin masa depan rakyat dan negara ternyata disedari dan diterima rakyat secara terbuka.

    Muhyiddin berkata, sebagai pemimpin berwawasan tinggi, Najib sememangnya sedar pembaharuan secara menyeluruh dan holistik membabitkan semua lapisan masyarakat perlu dilaksanakan bagi mempertahankan dasar dan pembangunan kerajaan yang dibina sejak negara mencapai merdeka lagi.

    ReplyDelete
  20. “Kita nak mempertahankan ini kerana kita telah membentuk sebuah negara yang boleh dikatakan aman, selamat dan telah maju untuk satu tempoh yang panjang. Mungkin tidak mudah untuk membandingkan mana kah negara-negara lain yang telah mencapai tahap kejayaan dan kecemerlangan seperti Malaysia,” katanya.

    Dalam menghadapi PRU-13, Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh mahukan pemimpin dan anggota BN di semua peringkat memberikan sokongan padu kepada calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti kelak.

    ReplyDelete
  21. Menyedari kekuatan dan cabaran besar daripada parti pembangkang, beliau berkata, BN akan membariskan calon yang boleh menang dan munasabah, namun sokongan padu amat diperlukan supaya tidak timbul masalah yang boleh menggugat peluang BN untuk menang.

    “Yang paling penting bagi kita ialah kalau keputusan (mengenai calon) sudah dibuat (oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi BN) maka pihak pimpinan di peringkat bahagian itu bersedia menerima itulah calon dan tidak menimbulkan isu dan permasalahan sehingga berbalah sesama sendiri…dia boleh membantu memenangkan calon itu dengan cara yang lebih baik” katanya.

    ReplyDelete
  22. I am not so sure about this.

    ReplyDelete
  23. Kerajaan pembangkang akan mengenakan lebih kawalan ke atas harga minyak, elektrik dan air bagi menentukan harga lebih sesuai dan bukannya membenarkan pasaran untuk menentukan harga

    ReplyDelete
  24. Pembangkang juga mahu bersuara dalam menentukan bagaimana kita menguruskan perkahwinan dengan memaksa suami menerusi undang-undang untuk membayar antara RM10 dan RM100 kepada satu dana yang isteri boleh mengaksesnya ketika di bawah situasi tertentu

    ReplyDelete
  25. saranan yang paling membingungkan ialah peruntukan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.

    ReplyDelete
  26. Komitmen mereka kepada 'egalitarianisme' sehingga menyebabkan golongan kaya turut mendapat subsidi adalah pelik.

    ReplyDelete
  27. ia adalah polisi buruk yang akan membawa masalah kepada negara dalam jangka panjang selepas ahli-ahli politik pembangkang hari ini meninggal dunia

    ReplyDelete
  28. apa yang terkandung dalam manifesto itu barangkali dasar yang dapat menarik undi pada hari ini, tetapi rakyat akan menyesal mengundi pembangkang dalam tempoh 60-70 tahun selepas itu.

    ReplyDelete
  29. Manifesto pembangkang untuk menghapuskan diskriminasi berasaskan kaum dan menghapuskan langkah mengapi-apikan percanggahan antara kumpulan masyarakat yang disentuh beliau, bukan perkara baharu kerana itulah yang telah diperjuangkan BN sejak sekian lama.

    ReplyDelete
  30. Jika pembangkang hanya setakat berjanji, BN telah melaksanakan perkara itu dan sentiasa melakukan pelbagai penambahbaikan jika dikesan terdapat kelemahan.

    ReplyDelete
  31. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau yakin Johor akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai"tiang seri" Umno dan kubu kuat Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13yang akan datang walaupun berhadapan dengan cabaran pembangkang.

    ReplyDelete
  32. Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umnoberkata sentimen pengundi di Johor terhadap BN pada ketika ini sentiasa positif.

    ReplyDelete
  33. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis jalinan mesra rakyat danperasmian bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya di Bandar Indrapura disini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

    ReplyDelete
  34. Sebelum itu, Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke Johor, menghadiri mesyuarat tertutup dengan pemimpin Umno dan BN Johor. Muhyiddin berkata, Abdul Ghani sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN Johor telah memberikan taklimat panjang lebar tentang persiapan parti di dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  35. Katanya Abdul Ghani telah melawat setiap kawasan Parlimen di Johor dan berkampung di situ antara dua dan tiga hari untuk meneliti secara terperinci keadaan di peringkat akar umbi dalam usaha untuk mengekalkan sokongan terhadap BN. Beliau menyifatkan langkah yang diambil oleh Menteri Besar itu sebagai tepat.

    ReplyDelete
  36. Saya berpuashati dengan persiapan yang dilakukan di Johor, namun kita tidak boleh leka. Kita memohon setiap bahagian Umno dan BN supaya memberi tumpuan kepada kawasan masing-masing dan perkemas jentera serta perpaduan anggota," katanya.

    ReplyDelete
  37. Muhyiddin berkata pengundi adalah penting dan setiap usaha dilaksanakan adalah untuk menjaga kepentingan mereka sama ada ia melibatkan kebajikan, pendidikan atau ekonomi, sebagaimana yang telah dilakukan oleh BN selama ini.

    ReplyDelete
  38. Kita yakin mereka (pengundi) akan faham apabila membuat keputusan (mengundi)

    ReplyDelete
  39. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, seorang yang berkeyakinan dan dipuji kerana pengurusan kewangan negeri yang mantap dan kecemerlangan Barisan Nasional (BN) Sabah dalam pilihan raya umum 2008, sekali lagi dijangka memimpin parti gabungan itu dalam PRU menentang pakatan pembangkang yang tidak sehaluan di negeri ini.


    ReplyDelete
  40. Dalam ''ledakan'' pertama yang dibuat selepas pembubaran Dewan Rakyat danDewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, Musa, yang juga pengerusi BN negeri,menggesa penduduk Sabah tidak memperjudikan masa depan mereka dengan membuat ujikaji dengan sebuah kerajaan pembangkang.

    ReplyDelete
  41. "Berfikirlah dengan bijak sebelum membuat keputusan, dan memperjudikan masa depan anak serta negara kita," Musa dipetik sebagai berkata.

    ReplyDelete

  42. Musa, pemimpin yang berkarisma, mengetuai BN negeri dalam melakar kejayaan besar dalam pilihan raya umum lepas, dengan menguasai 24 daripada 25 kerusi parlimen dan 59 daripada 60 kerusi DUN, meninggalkan DAP kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung (Tawau).

    ReplyDelete
  43. Dengan rundingan bagi kemungkinan pertandingan satu lawan satu atau bersemuka antara BN dan pakatan pembangkang yang sepadu di Sabah tidak menampakkan hasil, BN kini berada dalam kedudukan lebih baik untuk memberi pukulan maut berganda terhadap lawannya bagi pilihan raya parlimen dan negeri.

    ReplyDelete

  44. Benih ketidaksefahaman mula bercambah dalam kalangan pembangkang apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan di sini baru-baru ini bahawa pakatan pembangkang akan berdepan BN secara sendiri tanpa sokongan parti yang berpusat di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  45. Ini tidak diterima baik oleh pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP), sebuah parti tempatan yang meninggalkan BN pada 17 Sept, 2008, yang mengharapkan perikatan strategik untuk berdepan kekuatan jentera pilihan raya BN.

    ReplyDelete

  46. Dalam apa yang dilihat sebagai satu tamparan kepada pembangkang, setiausaha agung SAPP Datuk Richard Yong kemudiannya menyifatkan pengumuman Anwar sebagai membayangkan "pakatan pembangkang terlebih yakin".

    ReplyDelete
  47. "Mereka meletakkan diri mereka terlalu tinggi sehinggakan tidak memerlukan kerjasama daripada parti di Sabah untuk berkempen menentang Barisan Nasional.

    ReplyDelete

  48. Mereka tidak mengendahkan hasrat rakyat supaya pembangkang menentang BN satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang," Yong dipetik sebagai berkata.

    ReplyDelete
  49. Lebih memburukkan keadaan, Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan menyertai persaingan itu, dan menjangkakan partinya terlibat dalam pertandingan tiga penjuru atau lebih bagi sebahagian besar kerusi parlimen dan negeri.

    ReplyDelete

  50. Tanpa menyebut bahawa ini mungkin memecahkan lagi undi pembangkang dan memberi kelebihan kepada parti pemerintah, Jeffrey berkata "setiap parti politik bebas meletak calon dalam pilihan raya memandangkan ia sejajar dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di Malaysia".

    ReplyDelete

  51. Seorang penganalisis politik, Salman Nurillah, berkata berdasarkan senario politik yang berlaku di negeri ini, dengan perpecahan dan ketidaksepakatan antara parti pembangkang, BN nampaknya mempunyai kelebihan untuk memerintah Sabah bagi tempoh lima tahun lagi.

    ReplyDelete
  52. Salman, seorang bekas penjawat awam berkelulusan ijazah undang-undang dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dari UiTM, berkata dengan SAPP dan STAR menyertai saingan itu dan memberi tumpuan khas terhadap isu agenda Autonomi Borneo, ini sudah tentu memberi lonjakan untuk BN mengulangi kejayaannya pada pilihan raya umum ke-12.

    ReplyDelete
  53. "Kelebihan semestinyalah di pihak BN, kerana dalam arena politik, apabila berlaku perpecahan atau ketidaksepakatan dalam kalangan pembangkang, parti pemerintah akan sentiasa meraih manfaatnya," katanya.

    ReplyDelete

  54. Menyebut contoh keputusan pilihan raya umum 2008 bagi kerusi DUN Likas, Kepayan dan Inanam di Sabah, Salman berkata perpecahan undi pembangkang memberi kemenangan kepada BN.

    ReplyDelete
  55. "Saya percaya perkara seperti ini akan berlaku lagi dalam pilihan raya akan datang," katanya dan menambah sama ada calon pakatan pembangkang, atau SAPP atau malah STAR akan menjadi pengacau bagi undi pembangkang dalam apa cara sekalipun.

    ReplyDelete
  56. Satu lagi faktor yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah ialah keseriusan kerajaan BN mengendalikan isu keselamatan, khususnya pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  57. "Saya berpendapat ini adalah ''rahmat yang terselindung'' dari sudut keselamatan yang sebelum ini diambil mudah.

    ReplyDelete
  58. "Dengan keputusan kerajaan meningkatkan jumlah anggota keselamatan untuk melindungi kedaulatan negeri ini, terutamanya di pantai timur di samping pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), ia membangkitkan keyakinan rakyat, khususnya pengundi, kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  59. "Mereka berasa selamat kerana keadaan keselamatan terkawal dan yakin dengan usaha bersepadu kerajaan untuk mengelak insiden serupa daripada berulang,"katanya.

    ReplyDelete
  60. Salman berkata faktor menyenangi pentadbiran kerajaan Sabah yang baik di bawah kepimpinan Musa, lebih-lebih lagi dalam membawa pembangunan dari semua aspek kepada rakyat dan penerimaan dasar transformasi baharu yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia, akan turut menyumbang kepada kejayaan dalam pilihan raya.

    ReplyDelete

  61. Beliau sependapat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa Najib bekerja keras bagi BN dan negara sebagai perdana menteri dari segi transformasi politik dan ekonomi sejak mengambil alih teraju kepimpinan.

    ReplyDelete
  62. Sementara itu, Salman meramalkan BN akan berdepan cabaran getir untuk memenangi semula kerusi Kota Kinabalu dan Sri Tanjung yang dikuasai DAP selain bakal diberi tentangan sengit pembangkang di kawasan bandar dan sub-bandar.

    ReplyDelete

  63. Beliau berkata ini termasuk kerusi Parlimen Sandakan, Tawau, Beaufort, Tuaran, Penampang, Sepanggar dan Pensiangan.
    "Sudah tentu, dengan pemilihan sewajarnya apa yang dipanggil ''calon boleh menang'', Barisan Nasional akan dapat melunturkan pengaruh pembangkang di kawasan ini," katanya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.