Umno Bahagian Larut menerima tamparan hebat apabila Exco Pemudanya, Zulkifli Minhat mengisytihar keluar daripada parti itu dan menyertai PAS.
Zulkifli mengumumkan menyertai PAS di program ceramah anjuran PAS Larut yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh semalam.
Borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Dr Raja Iskandar dan turut mengikut jejak langkahnya ialah 39 ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan perjuangan Umno ketika ini.
Berucap dalam program tersebut, Zulkifli yang lebih 20 tahun bergelumang Umno berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kesedarannya sendiri dan melihat perjuangan PAS adalah benar dan relevan.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Teras berkata, perjuangan yang dibawa oleh PAS selari dengan Islam dan sudah memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.
“Saya akan bersama-sama berjuang dan matlamat saya membantu PAS memenangi semua kerusi yang ditandingi PAS di Larut ini,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.
Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, keputusan Zulkifli itu sudah pasti akan memberi kesan besar kepada Umno Larut khususnya di peringkat pemudanya.
Kata beliau, dalam keadaan sekarang, masyarakat semakin sedar akan keburukan Umno ketika ini yang hanya mementingkan peribadi.
“Penyelewengan, kezaliman, korupsi dan salah urus tadbir yang dilakukan Umno ketika ini membuatkan rakyat termasuklah ahli Umno itu sendiri menolak mereka.
“Saya yakin Umno Larut sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan ini menambahkan lagi kekuatan dan semangat untuk PAS menawan Parlimen Larut dan Dun Kubu Gajah serta,” jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu. -GB
Saturday, March 16, 2013
Tahniah Zul Kerana Tinggalkan UMNO & Sertai PAS
Similar Posts
About sabahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah org bijak bersama PAS
ReplyDeleteperjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteSehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteRakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteUntuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteSoalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeletePadahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteKedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik. Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteCukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteDengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteTapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteLebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeletePatutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteMenteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteDari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteRakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.
perjuangan PAS adalah benar dan relevan?? Zulkifli tidur semala 20 tahun ka?? atau dia dapat komisen juta-juta dari PAS??
ReplyDeleteJika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.
Sekali lagi Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba mencuci tangan dengan memutar belitkan fakta apabila menuduh UMNO sebagai punca berlakunya perpecahan sesama orang Melayu Islam di negara ini.
ReplyDeleteKatanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengetepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan.
ReplyDeleteHujah Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikirannya malah menunjukkan ketaksubannya yang melampau terhadap PAS.
ReplyDeleteNik Aziz mungkin lupa, namun sejarah hakiki tidak mungkin dapat dipadamkan bahawasanya kewujudan PAS itu sendiri adalah hasil dari ketamakan kuasa. Dek kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO maka dari situlah wujudnya PAS hingga ke hari ini.
ReplyDeleteKewujudannya pula bukan atas nama perjuangan Islam sebaliknya bertitik tolak dari dasar dendam kekalahan yang kemudian merebak kepada perpecahan orang Melayu Islam.
ReplyDeleteSedar dengan kelemahan itu maka pemimpin PAS berbohong pula kepada rakyat konon penubuhannya adalah hasil dari protes terhadap judi loteri yang dikaitkan dengan UMNO.
ReplyDeleteWalhal jika itu alasannya kenapa tidak sekarang PAS menjauhkan diri dari PKR dan DAP yang memerintah Selangor dan Penang, yang mana di negeri-negeri itu lesen judi ekor dan lumba kuda masih diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
ReplyDeleteHatta lesen kedai arak, rumah urut yang tak berlesen pun tumbuh mengalahkan cendawan selepas hujan di negeri yang diperintah oleh rakan-rakan sekedudukan dengan PAS itu.
ReplyDeleteAtau mungkinkah semua senario di negeri-negeri yang diperintah PR itu menepati dasar Islam yang dituntut oleh PAS, maka kerana itulah PAS masih setia bersama PR?
ReplyDeleteSudah menjadi lumrah mana-mana pemimpin PAS gemar memalitkan tuduhan semberono untuk memperlihatkan pada penyokongnya bahawa UMNO adalah parti yang tidak Islamik, manakala PAS pula didendangkan sebagai parti pejuang Islam.
ReplyDeleteSudah menjadi lumrah mana-mana pemimpin PAS gemar memalitkan tuduhan semberono untuk memperlihatkan pada penyokongnya bahawa UMNO adalah parti yang tidak Islamik, manakala PAS pula didendangkan sebagai parti pejuang Islam.
ReplyDeleteDengan berbuat demikian PAS percaya para penyokongnya akan terus setia dengan perjuangan PAS sekalipun sejarah membuktikan punca perpecahan ummah antara penyebab utamanya ialah PAS.
ReplyDeleteSekitar tahun 1960 hingga 1980-an banyak perpecahan sesama penduduk sekampung dan sesama keluarga berlaku disebabkan perbezaan fahaman politik gara-gara taksub pada hasutan kepartian yang dibawa oleh pemimpin PAS.
ReplyDeleteSembahyang dua imam dalam satu kariah, mendoakan kehancuran sesama Islam serta memboikot kenduri kendara orang Melayu Islam yang condong bersama UMNO, segalanya sudah sinonim dengan watak dan pembawaan PAS dan penyokongnya.
ReplyDeleteNamun disebalik semua itu, PAS tidak kekok untuk menerima dasar sekularisme dan pluralisme yang diamalkan oleh PKR, malah tidak canggung untuk berpeluk sakan dengan DAP yang akidahnya adalah sosialisme.
ReplyDeleteIslam bagi PAS hanya sekadar label dan jenama untuk mengabui mata khalayak semata-mata, namun gerak laku dan praktikal yang diamalkan oleh pimpinan PAS langsung tidak mencerminkan sikap Islamik.
ReplyDeleteTindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan menyokong parti pembangkang, berkemungkinan sebagai jalan pintas untuk mereka menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
ReplyDeleteBeliau mendakwa golongan berkenaan seolah-olah ingin “memotong barisan” anggota pembangkang yang telah lama berjuang dalam parti, untuk menjadi calon pilihan raya.
ReplyDelete“Jadi, ada pemimpin yang sudah 10 tahun, 20 tahun…hanya menelan air liur kerana ada pemimpin “short cut” yang memotong barisan pemimpin yang telah lama berjuang dalam parti pembangkang,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Jentera Penerangan Perak di sini, hari ini.
ReplyDeleteBeliau mengulas mengenai tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertindak menyokong pembangkang.
ReplyDelete“Mereka tengok agaknya berniaga tak bagus, mungkin juga mereka suka berceramah atau mungkin ada perkara yang mereka tidak persetujui (ketika berkhidmat dalam kerajaan), jadi mereka fikir kalau aku masuk parti pembangkang ada peluang jadi calon agaknya,” katanya.
ReplyDeleteBagaimanapun, katanya tindakan golongan berkenaan tidak penjejaskan Barisan Nasional (BN) kerana mereka adalah suara minoriti.
ReplyDeleteitu keputusan dia, biarlah
ReplyDeleteHormatilah keputusan beliau.
ReplyDeletePastikan kebajikan rakyat masih diutamakan.
ReplyDeleteUMNO semakin kehilangan sokongan rakyat. Pasti ada yang rakyat tidak setuju dengannya.
ReplyDeleteLompat parti adalah budaya yang biasa sahaja.
ReplyDeleteParti komponen harus berjuangkan misi yang sama. Perselisihan dan pergaduhan dalaman cuma memberi imej negatif terhadap rakyat dan seakan menolaknya.
ReplyDelete