Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub.
Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".
"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.
"Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya.
Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar.
Pengumuman dijangka Ogos atau September
PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini.
Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut
membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu.
"Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam.
"Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya.
Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.
Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan". -mk
Sunday, August 5, 2012
Lagi Bekas Pegawai Kanan Polis Akan Sertai PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kecut perut le Najib@Rosmah. Lepas sorang2 masuk PAS yg merupakan bekas2 peg kanan kerajaan. Mereka semasa dlm perkhidmatan,kita faham akan 'masalah' lain yg brlaku trutama mereka yg 'hardcore'. Mereka ini jika PR ambil alih Putrajaya..bakal jadi Ketua Polis ler gamagknya.
ReplyDeleteKenapa perlu sertai pembangkang? mesti ada keistimewaan pembangkang.
ReplyDeleteTapi jika dahulu berada di kerajaan sekarang pula menentang kerajaan, tidakkah itu sesuatu yang ganjil?
ReplyDeleteSilap statement tu anonymous ogos6:2.13 PM..mereka kerja dulu dlm kerajaan dan bila masuk PAS bukan tentang kerajaan. Mereka menentang (kezaliman) UMNO iaitu parti politik. Memang betul UMNO yg memerintah setelah brjaya bentuk kerajaan melalui 'pilihanraya'. Tetapi maksud sebenar bukan melawan kerajaan tetapi memilih wadah parti mengikut pertimbangan masing2 dan dbawah peruntukkan Perlembagaan Negara. CUMA, UMNO perlu berfikir kenapa bekas2 pegawai kerajaan yg brpencen lebih mendekati PAS. Dan sebenar jawapan nya jelas iaitu..UMNO sudah lari dari UMNO yg kita kenal dulu. UMNO kini hanya dkenali oleh anak2 muda yg lahir selepas kemerdekaan dan celik shj mata mereka terus nampak UMNO. Malah bernafas pun, nafas keluar brsma 'roh' UMNO. Sudah la UMNO pernaah diharamkan oleh permainan kotor TUN MAHATHIR, rakyat disajikan dgn saluran berita yg pelbagai ( VARIOUS MEDIUM ) utk mendapatkan berita2 yg jitu dan mantap. Bukan spt saluran media massa milik UMNO.
ReplyDeleteTrbaru bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Perak telah istihar masuk PAS dlm suatu majlis di Teluk Intan,Perak. Asas kemasukan beliau kdlm PAS adalah tertarik dgn corak kepimpinan murni DSNizar sewaktu brsama kerajaan PR selama 11 bulan sebelum naik KERAjaan haramjadah BN.Beliau juga pernh jadi Pengarah LPP N9. Allahu akbar.
ReplyDeleteDi SM kebanyakan bila ada yang keluar parti mesti ikut PAS.
ReplyDeleteMungkin bersedia untuk hari akhirat. PAS kan menjamin akan masuk syurga.
ReplyDeleteTidak tersangka Ramli Yusuff juga akan mengikuti PAS pada masa depan yang terdekat.
ReplyDeleteRasanya Ramli Yusuf ada alasan sendiri mengapa nak mengikuti PAS. Kita hormatilah keputusan beliau.
ReplyDeleteHeboh la tu masuk PAS.
ReplyDeleteRamli masuk PAS pasal agama juga? macam abby abadi
ReplyDeleteAsal yang bekas2...yang bersara...masuk PAS. Insaf kononnyer?
ReplyDeleteSuka hati la nak masuk parti mana. Kena jelas dengan perjuangan masing2.
ReplyDeletebiarlah dia sertai PAS. nk jg dihebohkan.
ReplyDelete