Saturday, August 4, 2012

Najib ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.

RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian dikemukakan setakat ini.

Najib berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini. -MK

36 comments:
Write comments
  1. Sabah dan Sarawak sudah lama tertipu. sabah sarawak pengeluar minyak tapi tengok jalanraya Sabah dan Sarawak. Sepatutnya Sabah dan Sarawak ada rangkaian Lebuh Raya macam utara Selatan di Semananjung sebab Sabah dan Sarawak kaya denga hasil bumi tapi mana semua duit itu. Sudahlah pembangunan infrastruktur diketepikan ini bawa orang mereka bekerja di jabatan kerajaan di Sabah, jadi budak Sabah jadi apa, jadi tukang sapu? Ini penyokong UMNO Sabah hendak?

    ReplyDelete
  2. Hopefully there would be a good news regarding RCI during Najib visit to sabah.

    ReplyDelete
  3. I guess its a good thing for Lajim and Bumburing to betray BN/UMNO cause Najib will have to come to sabah again..

    ReplyDelete
  4. Diharapkan Datuk Najib akan mengumumkan pelaksanaan RCI di Sabah bila beliau datang ke Sabah nanti.

    ReplyDelete
  5. Bagi dua MP yang tidak lagi berminat berjuang bersama BN, biarlah mereka keluar parti saja daripada menjadi musuh dalam selimut.

    ReplyDelete
  6. Umum perlaksanaan RCI menjelang bubar parlimen lepas menang PRU13 nanti lupakan saja nanti. Bukan tak biasa menipu BN/UMNO ini tengok dah lakukan pecah tanah lebuh raya Tenom Beaufort oleh DR Mahathir sema pemerintahannya pun boleh batal!

    ReplyDelete
  7. lepas RCI ini berjalan kamu mahu tahu siapa yang kena tangkap....percaya penjual rokok di jalanan yang kena tangkap tapi dalang sebenar duduk dalam bilik berhawa dingin,apa takut yang kena tangkap itu bila disiasat,kena hantar balik saja, sampai di tengah laut terjun balik lah dia....RCI BN ini semua tipu hanya satu saja caranya supaya RCI ini telus dan menjalan kan tugas dengan jujur , tumbangkan BN pusat dan negeri....

    ReplyDelete
  8. Isu PATI perlu diatasi dengan segera.

    ReplyDelete
  9. MP yang berpaling tadah ni pun yang sudah hampir hilang sokongan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  10. Ada juga ura2 yang mengatakan terdapat lagi MP dan ADUN UPKO akan menyusul Lajim dan Bumburing.

    ReplyDelete
  11. Cepat RCI dilaksanakan, makin cepat masalah PATI ni dapat disiasat dan diselesaikan.

    ReplyDelete
  12. mungkin juga berlaku tsunami politik di Sabah PRU ni.

    ReplyDelete
  13. Parak dah BN kat sabah,najid tak tido leno dah....meme aloh teruk BN kali ni!!

    ReplyDelete
  14. Perpaduan dan kesatuan sesama ahli penting untuk menang dalam PRU13 akan datang

    ReplyDelete
  15. PRU13 sejarah M'sia akan tercipta.

    ReplyDelete
  16. Dengar kata kaum Sungai di daerah Kinabatangan seramai 30,000 org lebih. Tetapi jumlah itu seolah2 tidak kelihatan kerana wujud 173 000 pendatang yg masuk ddaerah itu shj. Tak pelik ler ada beberapa kedai 'mamak' d Pekan Kinabatangan.

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  17. Rakyat Sabh mengharapkan RCI dapat di tubuhkan, harap kedatangan PM ke Sabah akan membawa berita yang baik.

    ReplyDelete
  18. terma dan rujukan RCI akan diumumkan pada lawatan Najib ke Sabah tak lama lagi, dgn ini RCI pasti akan ditubuhkan tak lama lagi.

    ReplyDelete
  19. pasal MP keluar tu, tak penting bagi rakyat Sabah, yang penting adalah RCI.

    ReplyDelete
  20. Harap kehadiran PM ke Sabah akan membawa berita baik berkenaan dengan RCI.

    ReplyDelete
  21. Lajim dan Bumburing keluar Parti, tapi tidak akan membawa kesan apa-apa kepada BN.

    ReplyDelete
  22. Diharapkan tiada lagi pemimpin Bn yang akan lompat parti.

    ReplyDelete
  23. MP yang lompat parti tiada pendirian dan tiadak akan mendapat sokongan rakyat. Rakyat hilang kepercayaan.

    ReplyDelete
  24. Rakyat akan sentiasa menyokong BN.

    ReplyDelete
  25. Ada banyak lagi alasan mengapa Najib datang ke Sabah. Berbuka puasa bersama rakyat antara puncanya.

    ReplyDelete
  26. Pertubuhan RCI harus disegerakan.

    ReplyDelete
  27. Najib will announce RCI setup soon.

    ReplyDelete
  28. Entah-entah, ada juag ahli pembangkang lompat ke BN.

    ReplyDelete
  29. pelbagai desas desus dimainkan untuk hangatkan politik kini.

    ReplyDelete
  30. kerajaan sudah pun bersetuju RCI ditubuhkan. isu ini tidak harus dijadikan alat politik mana pihak pun.

    ReplyDelete
  31. paling penting rakyat perlu bijak menilai dan buat pilihan.

    ReplyDelete
  32. bagaimana pula dengan formula 1 lawan 1 pembangkang? adakah ianya sudah direalisasikan?

    ReplyDelete
  33. BN tetap kukuh dan pembangkang pula sebenarnya masih tercari-cari formula untuk bersatu.

    ReplyDelete
  34. mana ada RCI utk PATI di sabah? baru2 juga c MELAYU PALSU dr kerala, india kc confirmed!!!

    ReplyDelete
  35. si acai, si gaman, si bayau, si tangahnya, si liauAugust 10, 2012 at 10:19 AM

    Kedatangan Najib ke Sabah untuk menyelesaikan masalah PATI ?? TIDAK AKAN BERLAKU...! Penyelesaian sekadar melepas batuk di tangga saja... SABAH ini adalah merupakan 'TALIAN HAYAT ' bagi BN.. 'Semenanjung' tidak menjadi harapan bagi BN untuk memerintah masa kini dan selama-lamanya..! ingat waktu PRU 12.. apa yang berlaku di SABAH dorang tidak peduli tu! Banyak PATI ka, masalah IC ,miskin ka, masalah tanah yang penting ..'MUSA DAN PEMIMPIN2 BN !kamu punya taulah itu samaada PATI kamu dibagi IC atau tidak.., yg penting BN memerintah PRU 13...! JADI!!! org yg berkerja dalam parti ,YG cari makan dalam dalam parti, Org yg menyokong parti BN ! fikir2lah MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI ! GUNAKAN KUASA MENGUNDI UNTUK MEROBAH KEADAAN.. apa salah kita bagi peluang org untuk memerintah kalo tidak OK tukarlah.. undi di tangan rakyat!

    ReplyDelete
  36. NAJIP PENIPU LAH ! BIKIN PANAS !

    FROM SEMANANJUNG

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.