Thursday, August 23, 2012

Pemuda PAS: Kenyataan Karpal jejas sokongan Melayu

Timbalan ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberi amaran bahawa kritikan oleh pengerusi DAP Karpal Singh berhubung pelaksanaan hukum hudud akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya akan datang.

NONEAkhbar Berita Harian hari ini melaporkan Nik Mohamad Abduh sebagai berkata, kenyataan pengerusi DAP itu memberi gambaran kepada masyarakat Islam bahawa DAP "tidak mesra Islam dan orang Melayu".

"Dari sudut sentimen, kelihatan Karpal Singh, melalui beberapa kenyataan terakhirnya, terlalu yakin DAP tidak memerlukan undi Melayu untuk menang selesa. Sama ada itu satu risiko yang boleh diserap oleh DAP atau tidak, tapi bagi saya hampir pasti boleh menjejaskan undi rakannya dalam Pakatan terutama PAS.

"Walaupun berhak atas nama hak bersuara untuk bercakap dan mengkritik, tetapi atas nama hak kesepakatan bersama pakatan juga perlu untuk tidak memanaskan isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju', termasuk perihal dasar perjuangan setiap parti.

"Sama ada kritikan beliau itu atas premis mempertahan sekularisme negara ataupun jahil mahupun keras pedal atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan undi Melayu," kata Nik Mohamad Abduh seperti dilaporkan Berita Harian.

Anak kepada musyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, kenyataan Karpal berhubung hudud sebelum ini juga bertentangan dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat.

pas muktamar 130610 nasruddin hassan 1Sementara itu, ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menyifatkan kenyataan Karpal yang terus mempertikaikan hudud "semakin keterlaluan" dan dijangka "bakal berdepan dengan kemarahan orang Islam".

"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubungan baik sesama Pakatan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Laporan itu turut memetik kenyataan Mufti Kedah Datuk Muhamad Baderudin Ahmad yang menggesa Karpal supaya menghentikan kritikan berhubung pelaksanaan hudud.

“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.

"Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia," kataya. -MK

20 comments:
Write comments
  1. Rasanya lebih sukar PAS dan DAP bekerjasama sekarang berikutan dengan kenyataan Karpal Singh dari DAP bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  2. PAS – KINI TELAH BERUBAH KPD PENGANUT AJARAN SYIAH!!

    Aqidah menyeleweng!!! - Allah disifat sbg manusia (dlm ceramah - Allah duduk bersila di arasy), Allah pun Samseng (didakwa dlm surah al Lahab); boleh diletakkan Allah pada nama Tuhan2 agama lain (menyuruh Anwar membawa mesej ini pd pertubuhan gereja), : `Nabi budak2 biasa (Mamat/ Mat tak tau apa2, tak didekati Allah) hinggalah Allah rasulkan dia umur 40 thun`; Masjid2 dalam 1 kampung (terutama di kampung2 Kelantan/ Trgganu); memulaukan imam dlm sebarang majlis yg tidak sehaluan dgn mereka (Imam Rosli Latif/ Us Saidi, Kelantan); HALAL dlm bersyubahat isu murtad (persefahaman dgn gereja, asalkan boleh menyokong PAS); arak + rumah urut (Ronnie Liu), menyokong Ambiga & LGBT (BERSIH 3.0); liwat (tutup telinga mengenai kes Anwar & dakwa semuanya fitnah).

    Nik Aziz (secara berahsia, putar belit & muslihat) menerima Syiah dan bertindak selaku penasihat ajaran Syiah (didakwa sejak 1988). Sifat mengata2 pihak lain kuffar sekiranya tidak sehaluan dgn mereka; Mereka mengajar pengikut mrk supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar;

    Mencerca dan mengajak rakyat berdendam+sts skeptikal dgn umarak; menghina para ulama khususnya Mazhab Syafie; tak suka berbincang/ dialog utk pemurniaan Islam (menganggap hanya pihaknya shj betul & menolak sbrg perbincangn!). Buktinya juga hubungan yg akrab dgn ulama2 Syiah luar semasa muktamar2 PAS Pusat. Peliknya PAS mendakwa tak tahu menahu perkara ini apabila disoal media demi bermuslihat kepada rakyat! Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip jg harus dinilai kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan. Penyelewengan PAS terhadap wang Darul-Mal? yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan!

    Agen Yahudi, Wahhabi & Syiah ke Malaysia (meminta dana/sokongan sulit luar melalui Anwar untuk pjlnn parti, memanggil & memuliakan imam2 Syiah) beraqidah kitmin (berpura2 tak tau menahu penyebaran Syiah di Kelantan apabila diasak soal oleh media); menerima perancangan licik Yahudi bertanding di mana pun (Nik Aziz ke parlimen-Kabinet Bayangan PR, anknya antara pengganas JMI antarabangsa jg akan menjadi YB), mengeluar fatwa yg aneh & pelik dari gagasan Mazhab Syafie; bermusuh dan mencerca dgn ulama2 muktabar dari Mazhab Syafie Malaysia.
    Segala tindak tanduk PAS adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu `harus`. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

    Juga bermusuh dgn ulama2 Mazhab Shafie dari PAS spt Ismail Kamus, Harun Din, Abdullah Saamah, Taib Azamuddin, Nasharuddin Isa, Saidi, guru2 pondok bermazhab Shafie dll. Bersekongkol dgn puak Syiah / ekstrim PAS memulau/menjatuhkan ulama2 Mazhab ini. Ahli digalak taasub/ mental block, emosi, hasad, suka mencerca, marah2, bahasa kesat; akan berbuat apa shj bagi mempertahankan TG2 mereka yg Syiah ini. Pihak Islam lain kafir! Mengaku PAS boleh berhubung dgn pihak2 ghaib/ negara luar/ parti2 lain waima parti2 chauvinis kerana UMNO (menyokong ijmak ulama` – Mazhab Shafie) KAFIR, sbb tak buat hudud. Hudud alasan terbaik PAS dlm menjahanamkan UMNO wp Kelantan belum buat Hudud (sentiasa diberi autonomi buat oleh BN, sejak 2009).

    Nik Abduh juga hanya berjuang untuk perjuangan politik bapanya - Nik Abdul Aziz! siapa2 yg menghina bapanya, khususnya ahli2 PAS..pasti akan disanggah & dibawa firman2 Tuhan sedangkan ajaran PAS adalah sesat lagi menyesatkan!! *KAWAN SEBELAH SAYA KATA PAS KINI LEBIH SYIAH!!

    ReplyDelete
  3. Walaupun DAP dan PAS di bawah Pakatan Rakyat, tetapi jelas nampak pendirian dua parti komponen ini tidak sehaluan. Mungkin betul apa yang Nasharudin katakan itu, baik PAS tinggalkan Pakatan saja kerana perjuangan mereka tidak sama dengan parti komponen yang lain. Kita tunggulah tindakan seterusnya daripada PAS.

    ReplyDelete
  4. Lebih baik jika PAS mendapatkan pandangan daripada kaum Islam dalam negara sama ada mereka bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud supaya boleh mendapat idea samada ia akan menjejaskan undian Melayu terhadap PAS pada PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  5. PAS LEBIH SYIAH, LAH..SAYA MMG ADA FAKTA2NYA.


    Majoriti ahli tak mahir sifat dua puluh, tidak mahir fiqh, samseng, tak tau mengaji/ hukum tajwid, rukun 13, panas baran, celupar, dll aspek Islam, tapi diuar2kan masuk syurga jika sentiasa undi PAS! Ironinya, PAS membina kuil Buddha terbesar di Kelantan (menyalah BN jika dikritik BN). Rakyat jahil / pengundi taasub sts digula2 dgn ceramah, kempen aktif, sesi penerangan penyokong ini (sentiasa membenarkan perlakuan licik pemimpin biarpun berlawanan dgn syariat), dan doa menjahanamkan umarak yg sentiasa dialasankan kafir. Diam & angguklah rakyat sebegini, khususnya rakyat yg berusaha mau jadi baik! Mutakhir, perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan!

    Kajian agak mengejutkan penyebaran Syiah (Ja`fari?) hingga ke Anwar, Azmin Ali sejak 2009. Rakaman suara & perbualan menunjukkan mereka juga fokus dgn pendekatan Syiah! Tidak disebut Syiah (scr nyata) jika PKR ingin bersama PAS! Patutlah dgn ibu sendiri pun ntah ke mana..derhaka& makanan yg dibuat ibu pun haram dimakan!!?? Peliknya isu spt kepala2 babi di IPT (diletak dlm surau oleh 4 orang mahasiswa ekstrim PAS hga mrk yg disiasat bersalah ini dibuang dari IPT tersebut), PR menyalah pljr2 pro BN meletak perangkap!!?? Ana ada dokumen siasatan & pengakuan2 mereka.

    Pertuduhan mengejutkan -‘bapa kafir’ oleh Tan Sri Rahim Noor kepada salah seorang pemimpin PAS, tetapi ia harus diteliti juga. MOHON JAKIM & USTAZ2 MAZHAB SHAFIE DARI PAS MENYIASAT PERKARA PENYEBARAN SYIAH YG KIAN MENULAR PADA PAS KINI. Usaha Syiah dijalankan secara berahsia & muslihat kerana perjuangannya bersifat anti pemerintah/ ulama2, dll yg melencongkan aqidah! Actly, Syiah ini pemimpin PAS rahsiakan dari pengetahuan rakyat umum hinggalah puak2 ini berjaya memerintah di Malaysia??!!

    Nik Abduh ini pula sebahagian kroni Nik Aziz yg sentiasa membenarkan hujahan bapanya! SEMUANYA BENAR padahal perkara2 yg berlawanan dgn aqidah ini/ baru perlu berbincang dahulu dgn para ilmuan/ ulama2 dlm Islam. baru dikemukakan! bukan berdasar kepala hotak aje!

    Penganut2 PAS (maaflah, tp kami mmg ada bukti mengenai bagaimana proses kader& muslimah PAS direkrutkan)secara membabi buta menyokong apa shj ucapan pemimpin2 PAS! kita dapat saksikan di meja makan mereka banyak tin2 & botol2 arak ketika majlis bersama PR. HALALKAN?? padahal enta lah pengecam nombor satu Tun Abdul Rahman mengenai arak suatu masa dahulu. ingat! allah sedang bayar segala fitnah enta..

    jika enta semua mahu fakta2 lain, insya allah ana akan bagi jika diminta. wallahu a`lam

    ReplyDelete
  6. tapi ahli2 PAS yg dikaderkan telah berbaiah sehidup semati dgn perjuangan PAS. walau salah & payah! walau bulur juga haus! DEMOKRASI atau BESENJATA apabila DIARAH pemimpin! itu cakap suami aku sebelum ini walau mengaku usaha BN samakin bagus.

    bagaimana kami isteri2 kader PAS ini nak menyedarkan suami bahawa perjuangannya memang tersasar bah? nanti diceraikan pula. nda dapat pulang ka samananjung tiap2 tahun lah aku! huhu.

    ReplyDelete
  7. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat! kepada ahli2 PAS marilah kita beristighfar. kita sudah menyimpang & jauh tersesat mengikut & tunduk kepada fatwa2 sempit pemimpin PAS! elakkan membabi buta berpegang kepada baiah yg membawa kesesatan aqidah.

    TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT! PARA ULAMA2 DI LUAR NEGARA YG BERBINCANG DGN PIHAK KAMI MENUNJUKKAN HADITH2 SAHIH DARI KITAB-KITAB HADITH YANG ASAL. SEMUA HADITH BAB PEMERINTAHAN DALAM SAHIH MUSLIM DIBACA SATU PERSATU, TETAPI TIDAK ADA SATU NAS PUN YG MEMBENARKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH.

    sama2lah kita follow seketariat Muda UMNO. bantulah umarak dalam membnina negara yg lebih bertamaddun. beri pendapat & wujudkan perbincangan ilmiah di sana! jika tak berpuas hati, kita keluarlah. tiada paksaan! wallahu a`lam

    -bekas kader PAS (PMIUM 1998)-

    ReplyDelete
  8. i tak terkejut dengan kenyataan Hadi Awang yang rela pertahan Guan Eng & kerajaan membuang pekerja Melayu di P.Pinang tanpa sebab . Kalau kerana fatwa kafir harbi & haram sokong DAP pun mereka pertahan , ini kan pulak pekerja kakitangan awam Melayu yang dibuang.

    Ternyata ini salah satu tanda awal bahawa PAS adalah boneka jika DAP berkuasa sahaja dan mereka langsung tidak berani & pertahan hak orang Melayu .Isu murtad macamana? isu arak bagaimana? isu rumah2 urut ke mana? jika Theresa Kok si Yahudi memanggang BABI itu pun dipeluk & dicium muslimah PAS..sama2 sedarlah! PAS bukan pembela `Melayu yg amat fokus dgn usaha memartabatkan agama Allah`! PAS merupakan pengikut yg patuh kpd PR!!

    Hadi persoal mereka ini adalah saki baki kakitangan kerajaan penyokong BN dan setuju mereka dibuang ? Nampaknya PAS lagi zalim menindas bangsa sendiri jika berkuasa daripada kerajaan BN yang berkuasa sekarang .

    Apa tidaknya, kerajaan BN pun walaupun tahu ada kakitangan awam seperti guru, pensyarah merupakan penyokong tegar PAS & PKR ..tetapi mereka tidak buang pun seperti dibuat DAP yang disokong PAS .

    Sebagai contoh , Ustaz Abdullah Khairi iaitu khatib kontroversi merupakan seorang guru . Dia tak dibuang walaupun sentiasa menghentam kerajaan di dalam ceramah-ceramah mereka.

    Jadi, siapa yang zalim sebenarnya ? PAS atau BN ?? inikan pula isu Karpal..eksyen aje!

    ReplyDelete
  9. PR dalam masalah dalaman, sentimen perkauman masih ketara antara ahli.

    ReplyDelete
  10. Bagaimanakah masa depan sekiranya PR menjadi kerajaan M'sia??

    ReplyDelete
  11. PAS ni kelentong aje! atas pagar dah lari! yg ada ialah penganut2 PAS! nik aziz menjawab persoalan si karpal dgn minta wartawan tengok si Soi Lek dgn hudud. sentiasa menyalah UMNO kerana tak dakwahkan MCA seperti kejayaan PAS pada DAP+Star! pada hal isu ini adalah perjuangan PAS dari dahulu. UMNO telah maklumkan & byk berdiam bila ada komponen tak setuju! pastu soh UMNO jwb kerana ia Hudud itu Islam! jika Nik Aziz dah hebat dakwahlah juga pada MCA/Gerakan! ini kerja Islam. asyik nak dakwah pada DAP aje???!!

    "Saya diminta respons tentang kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini.

    “Dalam akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respons daripada pemimpin parti. Buat masa ini, itu sudah memadai," kata beliau dalam satu entri ringkas menerusi laman sosial Facebook hari ini.

    Bagaimanapun menurut beliau, "saya ingin membaca respons pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud."

    pastu, jalan..tinggalkan wartawan!! mcm ni aje? tak bertanggungjawab betul! dasar mahafiraun!! ingat ye,mana-mana manusia yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat! (isu kalimah Allah, Allah perbuatannya samseng, Allah dok bersila di arasy, Mat budak biasa aje hga 40 thun dirasulkan, setiap perbuatan PAS termasuk berhubung dgn syaitan adalah halal, haram berimamkan org UMNO,haram mkn sembelihan org UMNO, UMNO kafir sbb x buat hudud).

    semua kita yakin dgn kebenaran hudud! namun, apakah gagal melaksanakan hudud kita dikira tidak Islam? mengapa perlu merapu ke sana ke sini dan berjanji itu ini? berhubung/ berkawan dgn syaitan lagi??

    kepada penganut2 PAS, tarik dirilah dari berbaiah dgn pemimpin kita yg dah menyesatkan! setia membabi buta kepada pemimpin waima syubhah dlm murtad, arak, rumah2 urut dll yg merapu kini juga dikira asobiyyah! JANGAN UNDI & BERSEKONGKOL LAGI PAS!!!!!

    islam itu, sederhana, sabar, mudah dan bersifat dakwah.

    *kini umno

    ReplyDelete
  12. tolong komen pasal sami buddha bersolat jemaah dlm masjid di kelantan!

    dasar pluralisme agama kah? atau nik aziz masih bermuslihat dgn agendanya ?

    **pemerhati dari mazhab syafie

    ReplyDelete
  13. Camnilah. Diharap semua org bertenang, & cool. Apa betul ke kata2 karpal itu menjejaskan pengundi melayu? Yg dok sound mcm tu kan karpal sorang, apakah dgn dia yg bising2 camtu, menggambar fikiran seluruh parti DAP? Sudah tentu x. Karpal hanyalah seorg dari sekelian ahli DAP yg masih ketinggalan & x brape fhm ttg hudud. Just 4 info, pimpinan utama DAP yg lain2 sudah agak fhm & x anti pd hudud. Lupakah anda sekelian, bahawa semasa debat antara csl & lge (setiausaha agung DAP), apa jawapan lge bila diserang ttg soalan hudud? Dia selamba jer berkata, knape kita nak kecohkan ttg hudud? Hududkan melibatkan org2 Islam sj. Kita kena hormati kepercayaan org Islam & amalan mereka (lebey kurang makna kata2nya). Sbagai solusi camni lah, kedua2 pihak (karpal & pimpinan PAS) berhenti dari keluarkan statement ttg isu ini lagi. Jgn ada lagi serang menyerang. Saya bimbang, karpal hanya berkata sedikit sj, tapi ada pihak yg cuba mengapi2kan keadaan. Jgn dipanaskan sesuatu yg x perlu buat masa skrg. Kita ada matlamat yg lebih besar utk kita capai skrg. Iaitu menakluki Putrajaya lepas PRU13. Dlm menuju kemenangan, kita kena bersatu hati & elakkan perselisihan yg x perlu. Salam...

    ReplyDelete
  14. Pembangkang ni memang tidak sehaluan pun. macam mana rakyat mahu bagi kepercayaan?

    ReplyDelete
  15. PAKATAN yang tak nampak macam satu pakatan pun..

    ReplyDelete
  16. Bukan pambangkang tiada sehaluan tu...malah ianya kenyataan Krpal jer. Bukan kenyataan DAP. Semua pemimpin DAP tadak masalah dgn hudud pun. Ada kita dgr Lim Kit Siang, Lim G Eng, Chua Jui Meng , Sivarasa atau mana2 individu non muslim dlm PR membantah ? Tadakk pun. So sila faham fakta bukann asyik mahu auta yer.
    **888

    ReplyDelete
  17. jelas orang yg tolak hudud jadi KAFIR. Wal 'iyazubillahi min zaaliq.

    ReplyDelete
  18. masa kempen nampak sangat mereka akrab.. boleh makan sepinggan dan tidur sebantal.. dibelakang, macam laki bini yang mahu bercerai pula..

    ReplyDelete
  19. memang berkecailah Pakatan selepas PRU nanti.. baru 3 komponen parti tidak mampu dijaga, inikan pula 28 juta rakyat Malaysia..

    ReplyDelete
  20. Nampaknya PAS dan DAP tidak sehaluan lagi mengenai Hukum Hudud ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.