Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk Dr Rais Yatim dan menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai punca kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos ini.
“Dr Rais anggota kabinet yang tidak memahami erti tranformasi yang mahu dibuat oleh Perdana Menteri. Beliau telah merosakkan momentum sambutan hari merdeka.
“Kerana beliau, pembangkang telah mempolitikkan tema hari merdeka.
“Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa.
“Beliau telah merosakkan momentum tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang orang menyalahkan, BN, Umno dan Najib,” kata beliau hari ini.
Pakatan Rakyat tolak
Menurut Hashim, tema sambutan hari merdeka perlu bercirikan semangat kenegaraan bagi memastikan semua rakyat merasa bangga menjadi warga yang merdeka.
Bagaimanapun, katanya, kebebalan politik Dr Rais boleh menyebabkan sambutan hari merdeka menjadi hambar.
“Kita simpati dengan Perdana Menteri yang mahu melaksanakan tranformasi tetapi dibantutkan oleh ahli-ahli kabinet yang tidak memahaminya.
“Menteri-menteri kabinet juga ferlu tranformasi tetapi berlainan sekali dengan yang ini. Beliau tidak memahami tranformasi,” tambah Hashim lagi.
Pakatan Rakyat menolak tema Janji Ditepati kerana mendakwa ia kempen BN.
Sebaliknya memilih tema alternatif “Sebangsa, Senegara, sebagaimana diumumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said baru-baru ini.
Pakatan Rakyat juga memberi tempoh seminggu supaya Janji Ditepati ditarik balik. -FNT
Saturday, August 4, 2012
Rais rosakkan sambutan merdeka?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tema Hari Kemerdekaan pun dipolitikkan oleh pihak pembangkang, sudah habis isu?
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat sama ada kerajaan Malaysia akan menarik balik tema Janji Ditepati sebelum Hari Merdeka tahun ini. Semoga isu ini tidak sengaja dibesar-besarkan.
ReplyDeletebanyak betul kontroversi. Macam manalah mahu sambut hari kemerdekaan tahun..
ReplyDeleteBiarlah hari kemerdekaan disambut dengan perasaan muhubah dan ketepikan keepntingan/agenda politik buat sementara waktu.
ReplyDeleteMacam rasa lain pula ni kali sambut merdeka. Tiada semangat cintakan negara, tiada semangat patriotik sayang kan Malaysia...kenapa ya..ooohhh..nilah yg dikatakan Gajah sama gajah bergaduh..pelandul mati tengah2.Tidak baik lah mereka buat kita begini.
ReplyDeletePembangkang sengaja membesar-besarkan perkara ni.
ReplyDeletePilih2 logo2 yang dihasilkan oleh rakyat
ReplyDeleteisu2 mcm ni menjadikan kemerdekaan tahun ini kurang menarik.
ReplyDeleteSambutan merdeka harus diraihkan dengan hati yang riang dan besyukur.
ReplyDeleteJika bukan kita yang memeriahkan hari merdeka siapa lagi?
ReplyDeleteBertindaklah seperti orang Malaysia dan bukannya seperti penduduk di negara lain.
ReplyDeleteSi Rais dengan lagu itu dari amahnya kali terus ciplak!
ReplyDelete