Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.
NONE"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan seorang individu bernama Alhaimi Adam.
"Kerajaan belum tentu akan terima, tapi kena ingat bahawa (cadangan tema) ini datang daripada rakyat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan akan memutuskan sekiranya akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan berasingan dengan tema alternatif tersebut, sekiranya kerajaan pusat enggan menukar tema kontroversi "Janji Ditepati".
"Itu kita akan bincangkan di peringkat pimpinan kemudiannya, tapi kita harapkan kerajaan dapat rasa denyut nadi rakyat ini sebagaimana (tema) yang dipilih oleh jawatankuasa ini," katanya lagi dalam sidang media tersebut.
Pakatan sebelum ini memberi tempoh seminggu kepada kerajaan untuk menarik balik tema kontroversi itu yang menerima kritikan keras pelbagai pihak.
Jawatankuasa tersebut juga kini membuka talian kepada para pengguna Internet untuk menghantar cadangan logo dan lagu baru yang selari dengan tema berkenaan.
Tarikh tutup cadangan itu, yang perlu dikemukakan kepada sekretariatpakatan@gmail.com adalah pada 5 Ogos. -MK
Thursday, August 2, 2012
Tema merdeka Pakatan: 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tema yg lebih ummpphh drpd 'PENIPUAN DITEPATI'!!!
ReplyDeleteMacam 1Malaysia juga la jika teliti secara tersiratnya.
ReplyDeleteApa2 la yang penting kita bertanding secara adil dan biarlah rakyat mereka keiklasan kita untuk bertanding.
ReplyDeleteDi Malaya tu malayu boleh sebuluh kah ??? dengan kaling dan cina atau tema pakatan ni sama tembirang macam BN juga.
ReplyDeleteHari kemerdekaan seharusnya disambut bersama tanpa sebarang agenda tersembunyi.
ReplyDeleteKalau semua pun mahu dipolitikkan, sangatlah bosan.
ReplyDeletebagi saya, Sejiwa, Sebangsa" sudah memadai, kemas dan menarik. Makna juga tepat, Tema ini ringka dan tepat, dan telah merangkumi negara.
ReplyDeleteTema yang amat menarik, tepat dan relevan..ia kemas dan sedap didengar dari segi bunyi. Dari segi makna dan falsafah memang itulah yang kita hendak gapai selama ini untuk muncul sebagai sebuah nation. Ini merupakan halatuju dan visi Malaysia baru yang menjadi faktor utama bagi pembentukan satu bangsa Malaysia yang berdaulat.
ReplyDeleteBukan logo saja ka yang digugurkan tu?
ReplyDeletekalau ramai yang kata tema ni lebih baik daripada 'janji ditepati', kerajaan mungkin perlu pertimbangkan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.
ReplyDeletejanji ditepati membawa maksud rakyat yg telah mengundi mendapat keuntungan drp pemimpin. sebangsa, senegara, sejiwa memberi konotasi bhw rakyat semua kaum perlu mengambil peranan sedar diri & bersatu.
ReplyDeletekerajaan selepas ini, samada dibawah Najib @ Anwar perlu menepati janji dan membawa rakyat sentiasa bersatu.
apapun, kedua2nya tema menarik. tepuk dada, tanyalah selera? jika kita mahukan sisik, pujuklah dari ikan yg bersisik, bukan dari ikan yg nda ada sisik...
Dari awal kita tahu Rais tidak akan mengaku silapnya walaupun beliau sedar apa yang beliau lakukan itu menjadi bahan ketawa seluruh dunia. Kalau dia mengaku silap, terserlah pula kebodohannya dan markah untuk dipilih semula sebagai calon di dalam PRU akan datang mungkin kurang.
ReplyDeleteKenyataan Rais bahawa Pembangkang merasa cemburu dengan kejayaan Kerajaan sekarang juga amat menggelikan hati. Adakah kita cemburu dengan kejayaan kerajaan menaikkan harga barang? Cemburukah kita dengan kehebatan keluarga Kak Ijat, Ketua Wanita Umno yang berjaya memperolehi RM 250 Juta untuk menternak lembu kondo? Masakan kita merasa cemburu dengan kehebatan bekas Presiden MCA, Ling Liong Sik yang berjaya menipu kabinet dan PM di dalam isu PKFZ? Kita tidak sedikit pun merasa cemburu dengan penurunan saham FGVH semenjak seminggu yang lalu. Jauh sekali kita mahu cemburu dengan wujudnya syarikat minyak PETRON kepunyaan anak Mahdey Kutty yang mendapat keistimewaan berdagang dengan MAS selama 6 bulan itu.
Apa yang mahu kita cemburukan dengan pemerintahan paling lemah di bawahn Najib? Kalau kerajaan tidak lemah, masakan Najib sanggup menabur wang tunai merata-rata tempat untuk menarik sokongan rakyat? Bayangkan tidak ada dalam sejarah negara kita sampai peringkat tayar kereta pun diagihkan. Tidak hairanlah jika rakyat menggelar Najib sekarang sebagai PM "Santa Clause".
PM paling mudah buat kerja adalah Najib. Beliau tidak perlu berfikir untuk membangunkan negara dengan idea-idea yang baik, beliau cuma korek kantung negara dan serah kepada rakyat sedikit seorang setelah sebahagian besarnya diserahkan kepada kroni-kroninya terlebih dahulu. Apa yang rakyat dapat jangan dibandingkan dengan nilai seulas permata cincin yang ada di jari Bik Mama. Jauh bezanya.
Jika ini lah kualiti PM dan kerajaan yang ada, tidak munasabah Pembangkang mahu cemburu. Terlalu jauh bezanya dari yang kita lakukan di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan. Jadi kenyataan Rais yang mendakwa kita cemburu dengan kejayaan kerajaan sekarang hanyalah satu kenyataan penyedap hati beliau untuk melindungi kebodohannya di dalam isu thema sambutan Hari Kemerdekaan.
MP Jelebu yang gagal menunaikan janji untuk memberi kemudahan pengangkutan awam dan jalanraya yang baik di kawasannya sendiri memilih thema "Janji Ditepati" menampakkan beliau ingin memperbodohkan rakyat. Samada rakyat Jelebu bersedia untuk diperbodohkan oleh Rais kita tidak tahu tetapi rakyat yang celik hati dan celik maklumat dapat menilai pembohongan Rais. /wfauzdin.blogspot.com
PKR belum menjadi kerajaan tapi sudah memilih tema peraian hari Merdeka.
ReplyDeleteTerpulanglah kepada pilihan kerajaan BN untuk memilih tema untuk hari Merdeka negara. Tema pun dijadikan alat politik.
ReplyDeletekita tgk adakah tema tersebut akan diterima.
ReplyDeleteTema tu kalau kerajaan yang keluarkan pasti pembangkang akan bangkang juga.
ReplyDeleteLebih beri banyak pilihan tema
ReplyDelete