Saturday, August 4, 2012

Ikan Paus Mendarat Di Pantai Sabah

Usaha sedang dijalankan bagi membebaskan ikan paus sepanjang 15.8 meter yang terdampar dekat Kuala Penyu di pantai barat Sabah, kira-kira 149 kilometer dari sini, Isnin.

Penduduk tempatan berkumpul berdekatan dengan ikan paus, dalam usaha untuk membebaskannya di bandar Kuala Penyu.

Ikan paus itu daripada spesis yang masih belum dikenal pasti, terdampar di pantai yang dikenali sebagai “hujung sungai” kira-kira satu kilometer dari bandar Kuala Penyu.

Pegawai Jabatan Perikanan Negeri di Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, ikan paus itu mengalami cedera ringan.

“Kami berhadapan dengan masalah logistik dan sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelamat ikan paus itu,” kata beliau.

Pada tahun 2006, seekor ikan paus spesis ‘Bryde’ sepanjang 20 meter terdampar di Pulau Gaya berdekatan dengan bandar di sini.

Ia telah diselamatkan tetapi kemudiannya mati.

Seekor ikan paus lagi diselamat di pantai Tanjung Aru.

Pada Februari tahun ini, seekora ikan paus spesis Baleen sepanjang 12 meter ditemui mati di laut dekat Pulau Mengalum kira-kira 40 batu nautika dari bandar di sini. -mstar

Foto-foto berikut ehsan blog easycomeseasygoes








10 comments:
Write comments
  1. Amat malangnya ikan paus ini tidak dapat diselamatkan. Semoga spesis ini akan diperlindungi daripada menjadi pupus.

    ReplyDelete
  2. Usaha orang ramai untuk membantu membebaskan ikan paus ini amat dihargai.

    ReplyDelete
  3. Kadang orang cakap kejadian ini seperti satu petanda juga.

    ReplyDelete
  4. Memang besar dan panjang betul ni ikan. Untung sesiapa yang dapat tgk live.

    ReplyDelete
  5. Besar dan panjang ikan paus tu.

    ReplyDelete
  6. Untung siapa yang dapat tengok sendiri di sana.

    ReplyDelete
  7. seingat saya pada tahun 1984 terdapat ikan jerung berligar-ligar di pantai tanjung aru,dan melapataka melanda kerajaan BN pada masa ini dengan kekalahan pada tahun 1985 ditangan PBS,mungkin ikan paus ini memberi petanda bahawa tsunami akan berlaku kepada sabah tahun depan tapi bukan tsunami laut tapi tsunami rakyaat sabah menukar kerajaan kepada yang adil dan bersih serta tidak korap.....

    ReplyDelete
  8. ikan paus ini tak dpt diselamatkan, ia dah mati.

    ReplyDelete
  9. Sudah masa untuk menemui ajal, tidak ada apa yang dapat kita lakukan lagi.

    ReplyDelete
  10. UMS tidak ambilkan untuk sampel kajian? mungkin terlalu jauh untuk diangkut balik ke UMS.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.