Saturday, August 4, 2012
Kementerian siasat dakwaan ciplak lagu merdeka
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan penubuhan panel siasatan bagi menyiasat lagu kemerdekaan yang didakwa menciplak lagu gereja Indonesia.
"Satu panel telah dibentuk untuk mengenalpasti sama ada dakwaan bahawa lagu merdeka 'Janji Ditepati' telah diciplak.
"Pembangkang tidak sepatutnya membuat tuduhan secara sewenang-wenangnya," katanya dalam laman Twitter pagi ini.
Paparan Twitter itu merupakan penafian keras Rais - yang juga ahli parlimen Jelebu - bahawa melodi lagu itu diciplak, menurut laporan New Straits Times hari ini.
"Kami menyangkal dakwaan penulis blog itu dan akan mencari jalan penyelesaian perundangan jika dia gagal untuk mempertahankan dakwaannya," Rais dipetik sebagai berkata oleh akhbar itu.
-MK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Diharapkan dakwaan bahawa lagu merdeka diciplak dariapda lagu gereja Indonesia ini akan disiasat.
ReplyDeleteMungkin pencipta lagi Janji Ditepati juga patut tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan ini.
ReplyDeleteHari Merdeka pun mahu dipolitikkan.
ReplyDeleteMungkin ianya satu kebetulan tapi sengaja dibuat spekulasi untuk mem'provoke'.
ReplyDeletebetul ka perkara tu, atau cuma rekaan semata-mata
ReplyDeleteMungkin ada yang sama sikit saja. Tapi diperbesar-besarkan
ReplyDeleteia mgkin tak diciplak, cuma ada sedikit persamaan saja. kebetulan saja tu.
ReplyDeleteSebelum lagu itu dikeluarkan, harus siasatan itu dilakukan terlebih dahulu.
ReplyDeleteSemuanya boleh di bawa berbincang.Hal ini jangan diperbesarkan.
ReplyDeleteJika didapati ada unsur2 sama, apa yang akan dilakukan?
ReplyDelete