Wednesday, August 8, 2012

Lelaki Mati Ketika Berzina Di Bulan Ramadhan

Johor: Akibat sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya, seorang lelaki warga Nepal nekad mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu.

Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun itu untuk ‘bertahan lama’ ketika melakukan hubungan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam.

Menurutnya, kematian lelaki itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari kejadian selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu panik.

“Pasangan itu dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal dunia.

“Akibat panik dengan keadaan teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Noor Hashim berkata, siasatan awal di bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol ubat kuat dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut, namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Saya menasihatkan orang ramai terutama lelaki lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang dijual di pasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang maut,” katanya. -hm

10 comments:
Write comments
  1. itula kau tidak gagah perkasa... hahahhaha

    ReplyDelete
  2. Tidak gagah perkakas ba....

    ReplyDelete
  3. Over dost..Siapa suruh tidak memikirkan kesihatan.

    ReplyDelete
  4. Kesihatan & keselamatan lebih penting

    ReplyDelete
  5. Jangan tiru gaya ini

    ReplyDelete
  6. lemah betul.. nak jadi kuat kunun.. tgk K.O sudah.

    ReplyDelete
  7. KUALA LUMPUR 13 Ogos - Bekas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menyatakan, beliau merasakan perkataan yang digunakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bual dengan BBC, mempunyai unsur-unsur menghalalkan kegiatan homoseksualiti.

    Hasan, 65, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, dalam konteks umum beliau bersetuju, orang yang tidak bersalah tidak patut dihukum.

    Sungguhpun begitu, jelas beliau, sesiapa yang bersalah dalam kesalahan membabitkan homoseksualiti dan gay, memang sepatutnya dihukum.

    ReplyDelete
  8. Ubatan tidak boleh diambil secara berlebihan, ia boleh menjejaskan kesihatan ataupun mendatangkan kematian.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.