Cadangan pelajar dibenar membawa telefon bimbit ke sekolah masih pada peringkat perbincangan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.
Katanya banyak perkara harus diteliti sebelum kementerian itu dapat membuat keputusan yang memuaskan semua pihak.
"Setakat ini pelbagai pandangan telah diterima termasuk daripada pelajar. Malah saya ada menerima surat daripada murid berusia 10 tahun yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Ini adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan apabila murid tahun empat ini sendiri memberi pandangan sebegitu dan menyatakan sebab mengapa dia tidak bersetuju," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.
Beliau sebelum itu menyerahkan cek bantuan kewangan kepada sekolah bantuan kerajaan di Negeri Sembilan. Sebanyak RM6.43 juta diperuntuk kepada 41 sekolah jenis kebangsaan bantuan kerajaan tahun ini.
Bulan lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun depan.
Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar.
- Bernama
Wednesday, August 8, 2012
Murid 10 tahun bantah timbalan menteri isu telefon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya cadangkan budak itu jadi Menteri Penerangan menggantikan Rais.
ReplyDeleteKebaikannya:
ReplyDelete1. Senang utk hubungi keluarga ( utk apa2 hal )
Keburukannya:
1. tumpuan belajar brkurangan.
2. Akan ada rakaman trtentu utk kes2 tertentu dan akan di muatturun
ke dlm you-tube. Dunia akan tahu.
3. Menkayakan lagi Celcom, Maxis, Telekom etc.
4. Akan ada juga kes2 kehilangan hp di sekolah (pantang lepa curi)
5. Kadar pelajar brpeleseran mungkin naik(senang contact pasangan
masing2 yg 1Sekolah).
6. Kemungkinan utk ponteng sekolah kerana hp sbg penghubung.
Mengenai perkara ini rasanya perlulah dikaji semula akan kebaikkan dan keburukkan kebenaran ini.
ReplyDeletekeburukan lebih banyak jadi memang wajarlah dibantah.
ReplyDeleteMemang betul2 berubah sekarang ni. murid sekolah rendah pun sudah mampu miliki handphone. dulu2 saya ke sekolah dengan hanya ada 20 di tangan.
ReplyDelete*20 sen
ReplyDeleteBijak budak tu, saya pun tidak setuju. Banyak lagi keburukan daripada kebaikan.
ReplyDeleteHarap2 cadangan tu dibatalkan.
ReplyDeleteKenapa tidak sediakan sahaja public phone?
ReplyDeleteAdakah keputusan ini tidak menganggu pembelajaran pelajar?
ReplyDeletemmg ramai tak setuju dgn cadangan tersebut, termasuk saya sendri.
ReplyDeleteSaya setuju budak 10 tahun tu dilantik untuk menggantikan RAIS YATIM sebagai menteri sebab dia lebih cerdik daripada rais yatim
ReplyDeleteAku bantah membenarkan murid membawa handphone ke sekolah.
ReplyDelete