Sunday, August 5, 2012
PM ajak Nik Aziz bincang isu royalti
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, perdana menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri.
pakatan ceramah shah alam 041211 nik azizMenurut Nik Aziz, surat itu dihantar kepadanya semalam dan sampai ke tangan setiausaha sulitnya Rosdi Mohamad, lapor Harakahdaily.
"Surat ni diterima oleh setiausaha sulit saya, encik Rosdi.
"Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS itu pagi tadi.
Nik Aziz (kiri) juga dilaporkan turut memaklumkan berita itu dalam tazkirah Subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu pagi tadi.
Beliau bagaimanapun berkata, sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, beliau akan menghadap sultan terlebih dahulu. -MK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Najib sepatutnya merujuk kepada orang yang ‘alim dan faqih berkenaan dengan ilmu dan hukum hakam Agama Islam sebelum membuat kenyataan yang sembrono yang menampakkan kecetekan dan kejahilan beliau terhadap Ilmu Islam. Nampaknya selama ini Najib dikelilingi oleh ‘ulama bisu dan ampu’ yang hanya ‘yes sir’terhadap segala tindakan beliau walaupun bercanggah dengan syariat. Bagaimana Najib boleh menyatakan beliau mengurus tadbir negara secara Islamik sedangkan perundangan dan perlembagaan negara bukan berdasarkan Al Quran dan masih mengekalkan perlembagaan penjajah.
ReplyDeleteAdakah dengan menzalimi hak negeri Pakatan Rakyat boleh dianggap sebagai pemerintahan yang berpaksikan semangat berteraskan kepada agama? Adakah melaksanakan undang-undang yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti ISA, OSA dan sebagainya dituntut oleh Islam? Adakah tindakan ‘menangkap dan menggari’ orang yang mendedahkan penyelewengan dan salah laku pemimpin-pemimpin yang korup termasuk di dalam kategori orang yang memperjuangkan Al Quran di dalam pengurusan tadbir Negara atau adakah orang yang masih gagal untuk mendidik ahli keluarga mereka untuk menutup aurat dan menjaga akhlak mereka boleh dikatakan sebagai menjunjung Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.?
Biaso le...ore umno meme perangai lagu tu,kalu duit buleh msk poket dio baru lah semuanya beres blako!!bab duit no satu.....
ReplyDeleteBagus juga jika ada perbincangan antara mereka.
ReplyDeleteHarap penyelesaian akan dapat dicapai.
ReplyDeletebagus terus semak semula akta petroleum. biar semua negeri pengeluar minyak akan mendapat kenaikan kadar royalti minyak.
ReplyDeleteSabah juga patut ada panel khas petroleum supaya mereka dapat keluarkan pandangan mereka sendiri.
ReplyDeleteHarap perbincangan antara PM dan Nik Aziz pasal isu royalti minyak akan membuahkan hasil.
ReplyDeleteSemoga masalah royalti minyak di Kelantan dan Sabah akan diselesaikan. Hak rakyat perlulah dipertahankan.
ReplyDeleteNajib sendiri ajak Nik Aziz untuk berbincang pasal royalti minyak
ReplyDeleteBagus. Kaji semula royalti minyak. Rasanya bagus juga kalau Sabah pun macam tu juga.
ReplyDeleteBah lepas ni Sabah lagi.
ReplyDeleteApa agaknya yang akan dibincangkan tu? Beri apa yang Kelantan sepatutnya dapat selama ini.
ReplyDeleteharap perbincangan berjalan lancar dan mencapai hasil yang baik.
ReplyDelete